MEMANG luar biasa indahnya pemergian arwah Abam Bocey.
Mana tidaknya, selepas 18 hari arwah meninggalkan kita semua, malam tadi, lebih 1,000 orang hadir ke Majlis Tahlil yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Antara rakan artis yang hadir termasuklah ahli kumpulan Bocey sendiri, Achey dan Fad, Datuk Fizz Fairuzz, Mawi, Datuk AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida, kumpulan nasyid UNIC dan komposer Ippo Hafiz.
Majlis yang dianjurkan oleh Astro Warna itu turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.
Bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Fahkrul yang diadakan sejurus selesai solat Maghrib secara berjemaah.
Bahkan, tetamu yang hadir juga berpeluang mengikuti sesi tazkirah dan perkongsian cerita peribadi oleh Ustaz Fakhrul mengenai arwah.
Sebelum ini, pemergian Abam pernah mencuri tumpuan ramai apabila kematiannya disifatkan sebagai satu pemergian yang dicemburui apabila ramai yang hadir di hari pengebumiannya bagi memberikan penghormatan terakhir.
BACA: "Jemaah Memenuhi Ruang Masjid Seumpama Solat Jumaat..." - PU Rahmat Dedah Kebaikan Abam Ketika Hayatnya
Kisah kebaikan dan amal jariah yang dilakukan Abam sewaktu hayatnya juga menjadi bualan ramai.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Arwah meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.
Gempak
Fri Feb 28 2020
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas. - Foto Astro GEMPAK
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh disebabkan faktor keselamatan.
Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia
Mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia berlarutan sehingga kini.
Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam
Susah senang Fad dengan arwah Abam tiada siapa yang tahu...
"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.
Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar
Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
'Sayang sedih sangat, sebab sepatutnya kita sambut hari raya bersama' - Isteri Abam Bocey
Hidayah menambah hanya gambar nikah dia dan pelawak popular itu sahaja yang mampu mengubat rindu terhadap Allahyarham suaminya.
'Buat Allahyarham suamiku, hari ini genap sebulan Abang meninggalkan kami' - Isteri Abam Bocey
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenang pemergian suaminya yang sudah genap sebulan meninggal dunia.
'Abang Achey jangan sedih ...' Murid Darjah 5 utus surat, doakan Abam tenang
Hampir sebulan, pemergian Allahyarham Abam Bocey masih dirasai hingga kini. Terbaharu, rakan baik Abam, Achey menerima sepucuk surat dari sekumpulan murid darjah lima menitipkan doa buat arwah.
Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
Ini rangkuman beberapa topik menarik yang berlaku sepanjang Februari.