Empat belas peserta mencuba nasib dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bermula malam tadi di Auditorium MBSA Shah Alam.
Kumpulan Bocey yang pernah menjadi juara sebanyak dua kali sekali lagi bertanding dalam rancangan rancangan program realiti bersiri terbitan Astro yang menggabungkan pelawak dan pelakon komedi profesional dari Malaysia, Singapura dan Indonesia ini.
Manakala, kumpulan Zero yang pernah menjadi juara juga turut bertanding bersama kumpulan Joras dan Shiro yang pernah sampai ke peringkat akhir MLM sebelum ini.
Joras kali ini tampil tanpa Syuk sebaliknya Ropie bergabung bersama Joey dan Rahim. Manakala Tauke Jambu bergabung bersama Man membentuk kumpulan Taman.
Kumpulan Kiut yang menjadi juara Gegar Lawak 2018 turut mencuba nasib dalam MLM 2018. Satu lagi kumpulan yang pernah menyertai Gegar Lawak 2018, Abata turut menyertai MLM 2018.
Dua peserta solo, Hilmy Ashley dari Malaysia dan Dany Beler dari Indonesia turut mencuba nasib dalam MLM 2018.
Datuk AC Mizal dikekalkan sebagai pengacara manakala juri kali ini terdiri daripada Douglas Lim sebagai ketua juri.
Selain itu, Tya Ariffin dari Indonesia dan Remy Ishak dan Scha Al Yahya juga diberi tanggungjawab sebagai juri.
Untuk minggu pertama, tiada peserta disingkirkan dan semua diberi peluang untuk membuat persembahan di minggu kedua.
Astro Awani
Sat Nov 03 2018

Kumpulan Bocey yang pernah dua kali menjadi juara, sekali lagi menyertai MLM 2018. Instagram abam_bocik
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hilmy Ashley, 2B peserta terawal tinggalkan pentas MLM 2018
Hilmy dan 2B gagal menyerlah apabila menerima markah dan undian paling rendah daripada juri dan penonton.

Maharaja Lawak Mega 2018 buka gelanggang
Tiada penyingkiran untuk minggu pertama MLM 2018 yang menampilkan 14 peserta semuanya.