Kes saman fitnah Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dua lagi terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd atas dakwaan tidak bertanggungjawab, cuai dan lalai terhadap pekerja mereka, hari ini gagal diselesaikan secara mediasi.
Sehubungan itu, kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan dari 13 hingga 16 Feb 2017, kata peguam Ooi She Yi, yang mewakili Utusan dan tiga yang lain.
"Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Abu Bakar Jais," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses mediasi di hadapan Hakim Haleez Hasnan di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini.
AC Mizal yang juga Presiden Peace Yall Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi saluran radio penyiaran internet swasta, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM25 juta.
Plaintif dalam saman itu ialah AC Mizal, 45, Emylia Rosnaida, 43, yang juga naib presiden syarikat itu, Rashidi Ishak, 43, ketua pegawai eksekutif syarikat itu dan Peace Yall Sdn Bhd.
Mereka menamakan wartawan hiburan Utusan Melayu, Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama hingga keempat.
Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa Syed Musaddad melalui sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia membuat andaian fitnah terhadap plaintif-plaintif di dalam artikel berjudul 'Peace Yall FM Tak Bayar Gaji'.
Mereka mendakwa perkataan-perkataan dalam artikel itu menggambarkan kesemua plaintif merupakan majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggungjawab, cuai dan lalai terhadap pekerja mereka.
Kesemua plaintif mendakwa perkataan itu juga boleh menggambarkan mereka mempunyai reputasi kewangan atau perniagaan yang teruk dan tidak boleh dipercayai serta sedang menanggung beban hutang atau kewangan yang teruk hingga tidak mampu membayar gaji pekerja.
Kesemua plaintif diwakili peguam Ahmad Shahrir Baharuddin mendakwa reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni terjejas teruk, oleh itu mereka menuntut ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016

AC Mizal memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM25 juta. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

100 Top Young CEO: AC Mizal, Syamsul Yusof antara penerima anugerah 'Most Outstanding CEO'
Bagi dua penerima anugerah, mereka berharap kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada anak muda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

ATNMY: Ajoi Zainal peserta pertama layak ke episod akhir
ATNMY merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur bermula malam ini.
.jpg)
Lebih 1,000 hadir majlis tahlil arwah Abam
Mana tidaknya, selepas 18 hari arwah meninggalkan kita semua, malam tadi, lebih 1,000 orang hadir ke Majlis Tahlil yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

MLM 2019: Inul, Lisa Surihani diberi kepercayaan jadi juri tetap
Kali ini ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap bagi mengadili peserta-peserta MLM2019.

Anggota 4U2C, One II meninggal dunia akibat tibi
Datuk AC Mizal berkongsi berita sedih pemergian anggota 4U2C, One II ke rahmahtullah pada Selasa

Maharaja Lawak Mega 2018 buka gelanggang
Tiada penyingkiran untuk minggu pertama MLM 2018 yang menampilkan 14 peserta semuanya.

Fad Bocey tepati ramalan, juarai Super Spontan Xtravaganza
Yeay! Tahniah Fad Bocey, RM100,000 milik anda!

Ganti AC Mizal jadi hos, Kamal Adli teruk dikritik
Pelakon Kamal Adli telah menerima kritikan netizen apabila menggantikan Datuk AC Mizal sebagai pengacara program Super Spontan Extravanganza (SSX) yang berlangsung malam tadi.

Amirul Agam dipilih sebagai Geng Baru Gegar!
Muhamad Amirul Agam Iryadi, 26 tahun, dari Ampang, Selangor menjadi pilihan juri dan pendengar radio Gegar sebagai penyampai baharu stesen Permata Pantai Timur.

AC Mizal, Utusan gagal selesai saman secara mediasi
Kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan dari 13 hingga 16 Feb 2017.