KUALA LUMPUR: Seramai 56 individu dari pelbagai latar belakang dan industri menerima pengiktirafan dalam majlis anugerah "100 Top Young CEO".
Majlis anjuran Ikon Malaysia itu berlangsung pada Rabu malam di sebuah hotel di ibu kota.
Antara penerima anugerah bagi kategori "The Most Outstanding CEO" ialah pengarah filem Skop Productions, Syamsul Yusof; pemilik syarikat SukeTV, Datuk AC Mizal; pemilik MW Entertainment Sdn Bhd, Asmawi Ani; dan pemilik Herbatera Sdn Bhd, Iesya Toh.
AC Mizal ketika ditemui menzahirkan rasa syukur dengan pencapaian yang diperoleh dengan harapan dapat membantu lebih ramai individu dan pelapis di dalam industri hiburan.
"Saya rasa bersyukur kerana ia merupakan titik permulaan bagi satu projek besar iaitu saya sebagai founder dan chairman stesen TV saya sendiri iaitu SukeTV yang menerima pengiktirafan hari ini.
"Syukur alhamdulillah, satu pemberi semangat kepada saya dan isteri serta semua staf saya, insya-Allah," kata AC Mizal.
Turut menerima anugerah sama ialah Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail.
Selain itu, enam lagi kategori turut diketengahkan iaitu Top Influential CEO, The Most Promising CEO, Top Leadership CEO, Top Breakthrough CEO, Top Elite CEO dan Rising Star CEO.
Bagi dua penerima anugerah, mereka berharap kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada anak muda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
"Nasihat Tyra, just believe in yourself, jangan hiraukan orang kata, tak boleh ke sebab terlalu muda ke apa. There is no such thing. Just have to go for it.
"Percaya pada takdir tuhan itu memang adalah, tapi you have to keep believing in yourself dan doa dekat Allah semoga satu hari anda akan berjaya dan paling penting jangan lupa famili," kata usahawan komestik Beautyra, Tyra Kamaruzzaman.
"Untuk anak muda di luar sana yang minat berniaga, mulakan. Jangan tangguh-tangguh dan yang penting kena konsisten.
"Kena fokus dan konsistenlah sebab tak ada benda yang boleh berjaya dalam sekelip mata. Saya pun bermula dengan zero dan bermula daripada muda, tapi saya konsisten dalam benda yang sama.
"Itulah apa yang saya capai hari ini," kata usahawan kosmetik Shalicious, Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dalam ucapannya berkata, pengiktirafan anugerah itu merupakan satu pemangkin semangat kepada pemain industri tanah air yang membantu bukan sahaja ekonomi negara, malah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sekali gus mendorong anak muda untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
"Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat berbesar hati untuk mengiktiraf para penerima anugerah yang telah bertungkus lumus memacu ekonomi Malaysia terutamanya sepanjang pandemik COVID-19 yang menimpa dunia.
"Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan telah menempuh cabaran dalam fasa endemik bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita tahu ramai usahawan-usahawan telah pun menghadapi pelbagai halangan sewaktu pandemik COVID-19 ini," kata Noh.
Eton Khir
Thu Nov 18 2021

Seramai 56 individu dari pelbagai latar belakang dan industri menerima pengiktirafan dalam anugerah "100 Top Young CEO" atau 100 CEO Muda Terbaik.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

100 Top Young CEO: AC Mizal, Syamsul Yusof antara penerima anugerah 'Most Outstanding CEO'
Bagi dua penerima anugerah, mereka berharap kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada anak muda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.