APPLE sebelum ini telah memperkenalkan pembantu maya mereka tersendiri dinamakan Siri pada tahun 2011.
Diperkenalkan pada iPhone terlebih dahulu, ia seterusnya diperluaskan dan diintegrasikan pada Mac, selain turut hadir bersama Homepod.
Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan soalan, dan ia akan memberikan respon berkaitan.
Namun, dengan ledakan arena kecerdasan buatan yang dikuasakan dengan model bahasa raya, Siri dilihat jauh ketinggalan berbanding perkhidmatan seperti ChatGPT dan sebagainya.
Antara kelemahan utama adalah ia tidak boleh sambung sesuatu perbualan atau pertanyaan – dan pengguna perlu bertanyakan sesuatu perkara dengan semua kata kunci sepenuhnya.
Menyedari perkara ini, Apple kini dilaporkan memfokuskan kepada pembangunan model kecerdasan buatan mereka tersendiri, dan bakal memperkenalkan Siri yang ditambah baik pada WWDC 2024 kelak.
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan – dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
Siri sendiri tidak menerima perubahan yang besar dari tahun ke tahun, dan pengenalan integrasi sokongan kecerdasan buatan janaan pada Siri akan membawa pelbagai kaedah penggunaan baharu.
Untuk menguasakan perkara ini juga, peranti baharu iPhone kelak dijangka hadir dengan sokongan memori lebih tinggi.
Untuk mengekalkan kelebihan dengan fokus privasi, Siri dijangka akan mengoperasikan pelbagai pertanyaan dan perbualan pada peranti, dan bukan menggunakan pelayan sepenuhnya seperti OpenAI atau Google.
Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan WWDC 2024 pada bulan Jun kelak untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan Apple melalui kemaskini Siri. -Amanz
Amanz
Sat May 11 2024
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja. -Amanz
PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.
Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki
Siasatan dakwaan pemberian kontrak projek rintis DRT oleh kerajaan Selangor membabitkan syarikat milik suami Hannah Yeoh dijangka siap dalam tempoh terdekat.
4,520 anggota polis Indonesia kawal keselamatan lawatan Pope Francis pada Sept
Polis Indonesia bersedia mengerahkan 4,520 anggota bagi memastikan keselamatan lawatan Pope Francis ke negara itu dari 3 hingga 6 Sept.
Culik warga Palestin: Sembilan tertuduh kemuka representasi, mohon pertuduhan digugur atau dikurangkan
Sembilan daripada 13 individu yang berdepan pertuduhan menculik lelaki warga Palestin mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Kontrak ditarik balik jika projek gagal dimulakan dalam tempoh sebulan - Abang Johari
Ia solusi terbaik bagi menangani masalah kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan sehingga memberi kesan negatif kepada rakyat di Sarawak.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi
MoF berkata penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
'Doakan Nidza Afham ditemui, jangan buat spekulasi' - Abang
Mereka sekeluarga amat berharap orang ramai tidak membuat kenyataan sensitif yang boleh menggores perasaan terutama ibu mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Industri Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Ramai yang tidak sedar akan cabaran yang dihadapi pengusaha taska dan tadika untuk menampung perniagaan mereka, dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti penjagaan anak-anak kita. Kami berbincang bersama Norsheila Abdullah, Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia mengenai reformasi yang diperlukan untuk memastikan kualiti penjagaan dan pendidikan anak-anak kita terjaga, demi masa depan negara.
Apex Securities jangka harga minyak sawit mentah RM3,800 setan pada separuh kedua
Firma penyelidikan itu berkata, ini susulan pengukuhan ringgit serta pengeluaran MSM dan kacang soya yang lebih tinggi.
AirAsia telah bayar lebih separuh pinjaman Sabah Development Bank
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata pinjaman itu membantu syarikatnya terus beroperasi sewaktu tempoh sukar COVID-19 dan pelaksanaan PKP.
Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
Marvel Studios, Disney lancar trailer baharu siri 'Loki
Jika sebelum ini drama bersiri terbitan Disney dan Marvel Studios WandaVision berjaya menarik perhatian pengikut filem dan komik Marvel, kini tiba pula giliran Loki untuk membuat kemunculan.
Rowan Atkinson dedah tidak gemar watak Mr. Bean
Atkinson mula memegang watak komedi ikonik itu sejak era 90-an, dan sedang menyiapkan filem animasi terbaharunya.
Game of Thrones cipta rekod, terima 32 pencalonan Anugerah Emmy
GoT sudah memegang rekod sebagai siri yang paling banyak memenangi trofi Emmy, dengan 42 kemenangan.