Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu bagi tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos 2024, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
Kementerian itu berkata, penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," kata MoF dalam kenyataan itu.
Sementara itu, harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.
MoF menambah kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.