ISU pergaduhan antara dua nama besar Hollywood, Kim Kardashian dan Taylor Swift yang tercetus tiga tahun lalu kini kembali hangat diperkatakan.

Memetik laporan HollywoodLife, baru-baru ini, Taylor membuat kenyataan terbaru mengenai Kim yang berbunyi:

“Someone started an online hate campaign by calling me a snake on the internet,” katanya dalam Essay for Elle.

Menurut teman rapat kepada bintang Keeping Up With The Kardashians itu, Kim sendiri berasa hairan dengan tindakan Taylor kerana dia menganggap krisis itu sudah lama berlaku dan ia sekadar isu peribadi antara mereka berdua.

"Kim is shocked by Taylor's comments (in Elle) because she thought they had both put this drama behind them," katanya.

Dalam pada itu, Kim juga tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dengan tidak memberi sebarang respon kepada kenyataan Taylor itu.

Sumber : hollywoodlife.com