Gaya seksi Kim Kardashian menghiasi muka depan majalah "Elle" edisi Mac.

Bintang realiti TV ini menggunakan khidmat penata rias Lady Gaga, Nicole Formichetti

Kardashian memakai padanan dari Tom Ford, Viktor and Rolf serta Roberto Cavalli.

Bagaimanapun dalam majalah itu, Formichetti mengakui bekerjasama dengan Kardashian memberi satu cabaran buatnya.

Majalah "Elle" edisi Mac bakal dipasarkan mulai minggu depan.

Kardashian kini hamil hasil perhubungan dengan Kanye West meskipun proses perceraiannya dengan Kris Humphries belum selesai.