MEREKA yang membesar di era 90an tentunya mengenali pelakon dari Jepun, Takuya Kimura. Bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan, Kimura juga diminati ramai gadis-gadis era itu kerana ketampanannya.
Dan kini, selepas 20 tahun era kegemilangannya, anak gadis Kimura, Koki, pula mengambil alih tempat bapanya untuk menempa nama dalam bidang seni.
Di Jepun, demam Koki Kimura bermula Mei lalu apabila dia dipilih menjadi penghias muka hadapan majalah Elle. Hebat penangan Koki apabila majalah itu habis terjual dalam masa beberapa hari sahaja, dan akaun Instagram miliknya mula mencatat kenaikan pengikut secara mendadak.
Setakat ini, akaun Instagram Koki sudah memiliki lebih 1.3 juta pengikut, dan rata-rata netizen menyifatkan Koki sebagai 'Takuya Kimura versi perempuan' kerana wajahnya yang sangat iras bapanya.
Tidak terhenti di situ, Koki dilamar pula sebagai wajah jenama mewah Bulgari, tidak sampai sebulan selepas itu.
Baru berusia 15 tahun, ramai berpendapat Koki mempunyai masa hadapan yang cerah, baik dalam bidang modelling atau lakonan, jika dia berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya itu.
Koki, atau nama sebenarnya Mitsuki Kimura, merupakan anak bongsu Kimura hasil perkahwinan dengan penyanyi, Shizuka Kudo. Mereka berkahwin pada tahun 2000 dan turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Kokomi.
Madiha Abdullah
Thu Nov 01 2018
Anak gadis Takuya Kimura, Koki, bakal mengambil alih tempat bapanya menempa nama dalam bidang seni. - Instagram @kokiofficial_0205/Facebook
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris
Kedai Bulgari itu terletak di Place Vendome dan telah menjadi sasaran perompak sebelum ini.
Kenali Koki Kimura, 'Takuya Kimura' versi perempuan
Anak gadis Takuya Kimura, Koki, bakal mengambil alih tempat bapanya menempa nama dalam bidang seni.