SEORANG model Pakistan berusia 24 tahun, Erica Robin, dinobatkan pemenang Miss Universe Pakistan yang pertama minggu lalu.
Dia kini akan mewakili Pakistan dalam pertandingan Miss Universe ke-72 di El Salvador pada November depan.
“Saya berbesar hati menjadi Miss Universe Pakistan yang pertama, dan saya ingin menonjolkan keindahan Pakistan. Kita mempunyai budaya yang indah yang tidak diperkatakan, masyarakat Pakistan sangat pemurah, baik hati dan peramah.
“Selain itu, saya ingin menjemput orang ramai untuk melawat Pakistan, mencuba masakan Pakistan yang paling enak dan meneroka alam semula jadi kami yang mempesonakan, pergunungan kami yang dilitupi salji, kehijauan bumi dan landskap kami,” kata Robin selepas memenangi mahkota itu.
Erica yang berasal dari Karachi, dibesarkan dalam keluarga beragama Kristian, dan pernah bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah firma konsultasi teknologi maklumat .
Biarpun penabalannya sebagai Miss Universe pertama dianggap satu sejarah, ia juga mengundang kemarahan komuniti masyarakat konservatif di negara itu.
Taqi Usmani, seorang ilmuwan agama Pakistan, adalah antara orang terawal yang melihat perkara itu sebagai suatu penghinaan.
"Kerajaan harus mengambil perhatian dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam pertandingan itu.
"Tanggapan bahawa wanita ini 'mewakili Pakistan' harus dibuang segera," katanya.
Senator Mushtaq Ahmed Khan, dari parti Jamaat-i-Islami, menulis satu ciapan bahawa menyertai pertandingan itu adalah "memalukan" bagi Pakistan.
Terdapat juga laporan yang menyebut pembabitan Pejabat Luar Negeri dalam pertandingan tersebut, tetapi jurucakap Mumtaz Zahra Baloch berkata pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.
Agensi
Fri Sep 22 2023

Biarpun penabalan Erica sebagai Miss Universe pertama dianggap satu sejarah, ia juga mengundang kemarahan komuniti konservatif di negara itu. - Foto/Miss Universe Pakistan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.

Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.