LONDON: Menetap dan bekerja di Australia kini lebih mudah bagi berjuta-juta rakyat Britain mulai Sabtu apabila had umur bekerja untuk visa cuti bekerja dinaikkan, lapor PA Media/dpa.
Mengikut perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua negara pada Mei, 16 juta lagi orang layak memohon berdasarkan peningkatan had umur daripada 30 kepada 35.
Had visa dua tahun sedia ada akan dinaikkan kepada tiga tahun lagi, dan tidak perlu berturut-turut, pada 1 Julai 2024 selain tanpa keperluan untuk bekerja dalam sektor perladangan selama berbulan-bulan dalam tempoh berada di negara itu.
Perjanjian itu juga akan memudahkan warga Australia bekerja dan melancong di United Kingdom (UK).
Peraturan yang sama diperkenal di New Zealand pada Jumaat dengan lanjutan tempoh visa Julai depan serta penambahan peluang had tahunan Skim Cuti Kerja UK kepada 15,000.
Menteri Perdagangan UK Nigel Huddleston berkata perubahan itu akan menyediakan kemudahan yang lebih fleksibel bagi warga Britain untuk memilih sektor pekerjaan ketika berada di negara hemisfera selatan itu dengan tidak lagi perlu bekerja di ladang.
Pegawai di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan berkata peraturan baharu yang dipersetujui dengan Australia itu juga bermakna buat kali pertamanya, mereka daripada sektor perkhidmatan UK termasuk arkitek, saintis, penyelidik, peguam dan akauntan, akan mempunyai akses kepada visa. untuk bekerja di Australia tanpa tertakluk kepada senarai pekerjaan mahir Canberra yang berubah-ubah.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian Wellington, profesional UK, seperti peguam dan juruaudit, akan dapat bekerja di New Zealand dengan lebih mudah dan membawa keluarga mereka bersama, menurut jabatan itu.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Fri Jun 30 2023
Perjanjian itu juga akan memudahkan warga Australia bekerja dan melancong di United Kingdom (UK). - Gambar fail/Unsplash
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.
2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.