HANOI: Persatuan Tekstil dan Pakaian Vietnam (VITAS) menetapkan matlamat untuk membantu industri tekstil dan pakaian Vietnam menjadi lebih mesra alam menjelang 2030.
Menjelang 2023, industri itu merancang untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 15 peratus dan penggunaan air sebanyak 20 peratus, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pembangunan hijau (green growth) adalah antara sektor penting dalam pembangunan mampan.
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, perusahaan industri tekstil - pakaian - kasut telah memberi perhatian khusus kepada isu berkenaan.
Menurut Setiausaha Agung VITAS Truong Van Cam, industri tekstil dan pakaian yang lebih lestari bukan sahaja menyumbang kepada pelaksanaan strategi nasional mengenai pembangunan hijau tetapi juga memenuhi keperluan pasaran import tekstil dan pakaian yang besar di dunia, seperti Kesatuan Eropah (EU).
Firma tekstil-pakaian dan kasut kulit Vietnam perlu meningkatkan pengeluaran mereka untuk dieksport ke EU selepas Suruhanjaya Eropah (EC) mencadangkan barangan itu perlu mematuhi kriteria reka bentuk ekologi.
Awal tahun ini, EC mencadangkan strategi baharu untuk menjadikan tekstil lebih tahan lama, dapat dibaiki, boleh diguna dan dikitar semula untuk menangani kepelbagaian fesyen, sisa tekstil dan pemusnahan tekstil yang tidak terjual.
Eropah ialah pasaran tradisional dan utama bagi industri tekstil dan kasut Vietnam, terutama menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Vietnam (EVFTA).
"Ahli perniagaan mesti fokus mengenai isu terbabit dan melaksanakan dengan cepat jika mereka mahu mengeksploitasi pasaran seperti Amerika Syarikat atau EU dan pasaran besar lain.
"Ia juga akan membantu perniagaan membangun secara mampan dan mengurangkan kos pengeluaran," kata Cam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Menjelang 2023, industri pakaian tekstil Vietnam merancang untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 15 peratus dan penggunaan air sebanyak 20 peratus. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sambut seruan UN Habitat, perlu wujud Pelan Tindakan Cuaca peringkat kerajaan tempatan - Azmin
Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik seruan UN Habitat agar pendekatan terhadap aspek perbandaran diubah dalam mendepani senario kecemasan iklim.

Vietnam kurangkan impak alam sekitar babitkan industri pakaian tekstil menjelang 2030
Pembangunan hijau (green growth) adalah antara sektor penting dalam pembangunan mampan.

Fintech, pendigitalan pacu pemulihan kewangan Islam pasca-COVID - Pakar
Pandemik COVID-19 terbukti telah mempercepat pembangunan pendigitalan yang merentasi bank-bank Islam serta membabitkan teknologi kewangan Islam.

El-Nino: Beri insentif kepada pemaju bangunan cekap tenaga - AWER
Kerajaan disaran memberikan insentif kepada pemaju dan pemilik bangunan yang membina bangunan cekap tenaga.