KAMPALA: Uganda pada Jumaat berkata pendirian hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Julia Sebutinde dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan perang di Semenanjung Gaza, tidak mewakili pendirian negara itu.
Sebutinde, warga Uganda, mengundi menentang kesemua enam langkah ICJ. Beliau kini menghadapi kemarahan dunia.
"Keputusan hakim Sebutinde di ICJ tidak mewakili pendirian Kerajaan Uganda mengenai situasi di Palestin," lapor Agensi Anadolu memetik Wakil Tetap Uganda ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Adonia Ayebare, di X.
"Sokongan Uganda terhadap nasib rakyat Palestin aalah jelas melalui corak pengundian kami di PBB," katanya.
Afrika Selatan mengheret Israel ke ICJ yang berpangkalan di The Hague pada 29 Dis atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Pada Jumaat, ICJ mendapati dakwaan Afrika Selatan bahawa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah munasabah dan perlu menghentikannya.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah sementara menggesa Israel berhenti menghalang penghantaran bantuan ke Gaza dan memperbaiki keadaan kemanusiaan di wilayah itu.
Sebutinde merupakan hakim tunggal yang menentang perintah darurat terhadap Israel.Namun, di sebalik undiannya, mahkamah PBB itu tetap mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai di kawasan yang dikepung itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Pada Jumaat, ICJ mendapati dakwaan Afrika Selatan bahawa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah munasabah dan perlu menghentikannya. - Gambar fail/Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.

Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin
Negara Palestin akan terus bekerjasama dengan Francesca Albanese termasuk dalam konteks pembentangan laporan beliau yang akan datang kepada Perhimpunan Agung PBB.

Lebih banyak negara dijangka mempertikai status ‘negara’ Israel di PBB - Pakar
Lebih banyak negara dijangka mempertikaikan keabsahan Israel sebagai sebuah negara dan anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Isu Batu Puteh: Kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara - PM Anwar
Perdana Menteri menyifatkan kehilangan Batu Puteh adalah kerana kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara.

Singapura kaji pendapat nasihat ICJ mengenai penempatan Israel
Singapura sedang mengkaji "dengan teliti" pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah tidak sah.

Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.

Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.

Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini
Satu pendengaran awam akan diadakan pada 3 petang di Peace Palace di The Hague di mana Hakim Nawaf Salam, Presiden Mahkamah akan membacakan Pendapat Nasihat itu.