BULAN Disember merupakan bulan yang penuh sinaran cahaya berwarna warni bukan sahaja di pekarangan rumah tetapi turut melingkari pokok-pokok krismas yang sinonim dengan perayaan Hari Natal.

Rata-rata persiapan untuk mengubah laman rumah dan pokok krismas itu dilakukan pada awal bulan Disember.

Gubahan pokok krismas bukan sahaja pada lampu berwarna warni tetapi turut diserikan dengan hiasan lain seperti stokin besar, loceng serta hadiah dan lain-lain lagi.

Namun, perkara itu berbeza di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) apabila persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Natal telah 'dicuri'.

Lampu yang dipasang pada pokok krismas dan beberapa hiasan lain rosak selain hilang.

Kejadian 'curi' itu menimbulkan tanda tanya lebih seminggu sebelum penduduk di kawasan tersebut akhirnya menemui jawapan.


Kejadian itu sebenarnya angkara si tupai.

Misteri ini terbongkar apabila perbuatan tupai itu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh penduduk.

Sebelum ini, tiada kejadian seumpamanya berlaku di kawasan kejiranan tersebut.