Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Parti Demokrat pada Khamis telah meluluskan satu resolusi tidak mengikat yang memaksa Presiden Donald Trump mendapatkan kelulusan kongres sebelum mengambil langkah-langkah ketenteraan baharu terhadap Iran, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Resolusi kuasa-kuasa perang paling simbolik itu telah diluluskan selepas 224 ahli parlimen (yang terdiri daripada hampir semua ahli parlimen Demokrat, tiga ahli parlimen Republikan dan seorang ahli parlimen bebas) mengundi menyokong resolusi itu berbanding 194 yang menentang.
Undian itu berlaku selepas hampir seminggu Trump menandatangani arahan serangan dron AS di Iraq yang menyebabkan komander tertinggi tentera elit Iran Qassem Soleimani terbunuh dan menyebabkan kedua-dua negara semakin menghampiri peperangan, yang mungkin berlaku pada bila-bila masa sejak revolusi Islam 1979.
Jerry Nadler, ahli parlimen Demokrat yang mewakili New York dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan, berkata pembunuhan itu yang berlaku di luar lapangan terbang Baghdad, telah menjadikan situasi dunia semakin berbahaya dengan memburukkan lagi keadaan di rantau yang sudah pun bergolak.
“Selepas hampir dua dekad berperang, Presiden Trump terus merisikokan keselamatan Amerika, anggota tentera dan sekutu kita apabila menyebabkan ketegangan dengan Iran semakin meruncing sehingga mencecah tahap baharu yang berbahaya,” tulis Nadler di Twitter.
Bagaimanapun, ahli parlimen Republikan berhujah bahawa isu Iran perlu ditangani dan Trump telah diberi lampu hijau mengarahkan serangan itu di bawah pemberian kebenaran untuk berperang yang diluluskan Kongres AS pada 2002 selepas serangan 11 Sept 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020
Undian itu berlaku selepas hampir seminggu Trump menandatangani arahan serangan dron AS di Iraq yang menyebabkan komander tertinggi tentera elit Iran Qassem Soleimani terbunuh. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.