Namun, Pentagon mengakui maklumat risikan mereka membantu Zionis memahami pergerakan Yahya.
Perkara itu disahkan jurucakap Pentagon, Patrick Ryder dalam satu sidang media.
"Ini adalah operasi israel. Pasukan Amerika Syarikat tidak terlibat secara langsung.
"Kami mempunyai sejumlah kecil pasukan operasi khas yang memberi nasihat kepada pihak Israel dalam usaha pemulihan tebusan. Ini termasuk membantu mengesan dan menjejaki Sinwar dan pemimpin Hamas lain yang bersembunyi di Gaza," katanya.
Sementara itu berita mengenai Yahya yang dilaporkan syahid dengan cepat tersebar dalam kalangan rakyat Palestin.
Rata-rata mereka menzahirkan rasa sedih terhadap kematian pakar strategi perang itu.
Bagaimanapun mereka tetap optimis, ramai lagi pemimpin Hamas akan hadir menggalas tugas untuk menentang kekejaman dilakukan rejim Zionis Israel.