Menurut Perdana Menteri, Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin itu.
"Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik.
"Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Sabtu.
Pada Khamis, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam serangan ganas Israel di selatan Gaza.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.