Polis Diraja Thailand mengumumkan penangkapan lima orang kerana terlibat dalam sindiket pelacuran dengan harapan langkah itu adalah antara beberapa tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki rekod dan kedudukannya dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.
Ketua Polis Thailand, Jen Somyot Poompanmoung berkata kes itu akan dimasukkan dalam laporan yang dikemukakan oleh kerajaan Thailand untuk dimasukkan dalam Laporan TIP.
"Kami mahu Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah melihat bahawa kami telah bertindak untuk menangani pemerdagangan manusia sebagai sebahagian daripada agenda negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada sidang media itu, suspek terdiri daripada seorang lelaki berusi 25 tahun dan empat orang wanita berusia 25 hingga 39 tahun, dan semua warga Thai, juga dibawa bersama untuk ditunjukkan kepada media.
Mereka ditahan secara berasingan tetapi menjadi anggota sindiket yang sama, kata Jen Somyot.
Empat orang lagi suspek, dua warga Singapura dan dua warga China, masih diburu oleh pihak berkuasa.
Setakat ini, dua orang menjadi mangsa tetapi polis menjangka terdapat sekurang-kurangnya 23 mangsa berdasarkan nama gadis-gadis yang digunakan untuk tempahan tiket kapal terbang yang dijumpai dalam maklumat kad kredit, katanya.
Thailand bersungguh-sungguh mahu supaya usahanya memerangi pemerdagangan manusia mendapat perhatian antarabangsa selepas Amerika Syarikat tidak yakin terhadap usahanya membendung pemerdagangan manusia dan meletakkan negara itu pada Tahap 3 Laporan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat untuk tahun kedua berturut-turut.
Tahap 3, kedudukan paling rendah dalam Laporan TIP, ialah bagi negara-negara yang kerajaan tidak mmatuhi sepenuhnya standard minimum dan tidak menjalankan usaha signifikan untuk berbuat demikian.
Somyot berkata kes itu ialah 'jenayah rentas sempadan' memandangkan Thailand ialah negara asal, dan mangsa-mangsa di bawa ke negara transit dan kemudian ke negara destinasi.
Sementara itu, Mej Jen Thiti Saengsawang, Ketua Bahagian Anti Pemerdagangan Manusia, berkata suspek mengaku bahawa mereka diberi peranan untuk berhubung dengan gadis-gadis melalui aplikasi 'chatting' dalam talian dan memujuk mereka mereka untuk bekerja di bar-bar di China.
Beliau berkata, suspek-suspek menafikan mereka tahu apa yang gadis-gadis itu perlu lakukan di China.
Beliau berkata pihak berkuasa Thailand telah bekerjasama dengan negara-negara terlibat dalam perkara itu.
Sumber polis berkata, terdapat perubahan dalam modus operandi untuk membawa gadis-gadis ke luar negara.
Sebelum ini gadis-gadis itu diterbangkan terus ke negara-negara destinasi, tetapi sekarang mereka diterbangkan ke Hadyai di selatan Thailand dan kemudian dibawa ke Malaysia sebelum dibawa ke negara lain termasuk Singapura.
Bernama
Tue Aug 04 2015
SOMYOT: Kami mahu Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah melihat bahawa kami telah bertindak untuk menangani pemerdagangan manusia sebagai sebahagian daripada agenda negara.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Imigresen tahan sembilan wanita warga asing disyaki tawar perkhidmatan seks
Kesemua wanita yang berumur antara 25 dan 37 tahun itu terdiri daripada warga Vietnam, Indonesia dan Thailand, manakala pekerja lelaki ditahan yang adalah warga India dan Bangladesh.
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.
Op Noda: 263 individu ditahan di ibu kota malam ini
Polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, malam ini.
Imigresen bongkar kegiatan bawa masuk kumpulan pelacur melalui Bukit Kayu Hitam
Imigresen membongkar kegiatan membawa masuk wanita dari Thailand secara haram ke negara ini bagi tujuan pelacuran melalui Bukit Kayu Hitam.
'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali Hot Daddy, didenda kerana memiliki video lucah.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.