IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 88 warga asing menerusi serbuan di sebuah premis penginapan yang dijadikan sarang pelacuran serta dua premis hiburan eksklusif di sekitar bandar raya Ipoh dalam operasi dua hari bermula Selasa.
Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua warga asing yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Sebanyak 78 wanita dan 10 lelaki warga asing berumur antara 21 hingga 46 tahun telah ditahan dalam serbuan terbabit berdasarkan aduan dan hasil pemantauan serta risikan yang dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi JIM Perak di semua lokasi berkenaan.
"Pecahan mengikut warganegara yang ditahan pula adalah sebanyak 64 warga Thailand, 13 warga Vietnam, empat warga Nepal, tiga warga India dan Bangladesh serta seorang warga Sri Lanka," katanya menerusi satu kenyataan.
Meor Hezbullah berkata, sebanyak 35 pegawai JIM Perak bersama 22 pegawai serta anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta telah melaksanakan operasi berkenaan.
Ketika serbuan katanya, beberapa wanita dipercayai pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) cuba bersembunyi di ruang atas bumbung bagi mengelak ditahan pihak imigresen.
Meor Hezbullah berkata, kesemua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses perundangan di bawah akta JIM.
"Selain itu, sebanyak 14 Borang Imigresen 29 iaitu saman saksi telah dikeluarkan kepada pemilik dan penjaga premis warga tempatan untuk mereka hadir ke Bahagian Penguatkuasa JIM Perak bagi tujuan rakaman dan percakapan serta siasatan lanjut sebelum hukuman diputuskan," katanya.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral itu, selain berharap ia dapat dilakukan berterusan bagi mengekang kebanjiran pendatang tanpa izin.
"JIM juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin ini termasuk pendakwaan di mahkamah," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Meor Hezbullah berkata, kesemua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses perundangan di bawah undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Imigresen tahan sembilan wanita warga asing disyaki tawar perkhidmatan seks
Kesemua wanita yang berumur antara 25 dan 37 tahun itu terdiri daripada warga Vietnam, Indonesia dan Thailand, manakala pekerja lelaki ditahan yang adalah warga India dan Bangladesh.

2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet

Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.

Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.

Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.

Op Noda: 263 individu ditahan di ibu kota malam ini
Polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, malam ini.

Imigresen bongkar kegiatan bawa masuk kumpulan pelacur melalui Bukit Kayu Hitam
Imigresen membongkar kegiatan membawa masuk wanita dari Thailand secara haram ke negara ini bagi tujuan pelacuran melalui Bukit Kayu Hitam.

'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali Hot Daddy, didenda kerana memiliki video lucah.

Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.