KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, di sini, malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga ke 40-an dan mereka terdiri daripada rakyat China, Nepal, Pakistan, India, Vietnam, Thailand dan Indonesia selain warga tempatan.
Bercakap dalam sidang media Op Noda, beliau berkata daripada 34 wanita yang ditahan itu, 20 adalah pelacur manakala selebihnya adalah warga asing yang menyewa bilik di hotel berkenaan.
“Bangunan berkenaan kebanyakannya disewa oleh pendatang dan terdapat aktiviti persundalan dijalankan di premis itu.
Modus operandi mereka adalah pelacur-pelacur ini akan mencari pelanggan di lobi hotel sebelum dibawa ke tingkat atas dan mengenakan bayaran sekitar RM50 hingga RM100,” katanya.
Selain itu, Allaudeen berkata polis juga menahan seramai 14 kanak-kanak yang merupakan pendatang asing dan mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi.
“Sekiranya mereka memiliki dokumentasi mereka akan dilepaskan kembali,” katanya.
Beliau berkata warga-warga asing ini akan menjalani saringan air kencing bagi menentukan sama ada mereka ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Menurutnya mereka juga disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)( c ) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam
Sementara itu, mengulas mengenai Op Selamat 21, Allaudeen berkata pihaknya telah mengenal pasti 50 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di sekitar ibu kota.
“Oleh itu, saya minta pengguna jalan raya agar berhati-hati pulang ke kampung dan memandu dengan selamat,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Antara warga asing yang berjaya ditahan polis dalam Op Noda yang melibatkan pelacuran dan warga asing di Jalan Pasar Baharu Pudu malam ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Op Noda: 17 termasuk lapan remaja ditahan sedang berparti
Sebanyak 17 individu termasuk lapan remaja ditahan kerana menganjurkan parti persendirian dalam serbuan menerusi Op Noda di Melaka malam tadi.

Op Noda: 26 individu diberkas, sindiket persundalan ditumpaskan polis
Dalam operasi itu, premis yang diserbu dan diperiksa melibatkan dua buah hotel bajet, tiga rumah apartmen, sebuah rumah kediaman dan rumah kedai.

20 individu ditahan terbabit aktiviti pelacuran di daerah Sentul
Serbuan dilakukan bermula 2.03 pagi di beberapa premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran.

31 pelacur warga asing, 13 anggota sindiket dicekup di Johor
Aktiviti persundalan yang beroperasi 24 jam sehari itu menawarkan bayaran antara RM190 hingga RM650 bergantung kepada pakej ditawarkan.