Siklon Phailin akhirnya membadai pantai timur India dengan membawa bersama hujan lebat dan angin berkelajuan tinggi menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

Ratusan ribu penduduk juga dipaksa meninggalkan kediaman mereka bagi mengelak kesan ribut berkenaan.

Ombak tinggi turut melanda pantai sekitar Orissa.

Turut dilaporkan, ratusan penduduk di Subalaya yang berlindung di dua buah sekolah kira-kira 30 kilometer dari pantai terbabit.

Bagaimanapun ada juga penduduk yang tidak berpindah kerana bimbang keselamatan harta benda mereka.

Pusat amaran taufan Amerika Syarikat di Hawaii menjangkakan angin berkemungkinan akan mencecah antara 240 hingga 296 kilometer sejam.