JAKARTA: Pertemuan antara pemimpin-pemimpin ASEAN dengan Perdana Menteri China, Li Qiang sewaktu Persidangan ASEAN + China ke-26 di sini, dijangka bakal menjadi tumpuan, susulan sikap agresif negara itu dalam isu Laut China Selatan sejak kebelakangan ini.
Namun, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan turut memberi tumpuan kepada ekonomi serantau, keselamatan makanan, dan kestabilan di rantau ini.
Katanya lagi, Malaysia lebih cenderung mengambil pendekatan menyediakan platform untuk penyelesaian sekiranya timbul perbincangan mengenai konflik, dan tindakan tersebut akan dilakukan mengikut rangka kerja ASEAN yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Dalam Sidang Kemuncak ASEAN, kita membincangkan tentang soal soal berkaitan bagaimana kita akan perkukuhkan lagi hubungan ekonomi yang sedia ada, apakah ruang yang boleh perbaiki dalam mengukuhkan hubungan antara negara.
“Sebagai contoh, keadaan pertumbuhan ekonomi yang berlaku di rantau kita dapat diperkukuhkan, isu rangkaian bekalan dunia. Kita hidup dalam ekonomi terbuka, jadi kita sebagai sebuah persatuan (ASEAN) perlu ada rasa tanggungjawab untuk melihat perkara ini dengan satu kesatuan, dan memastikan ASEAN sentiasa dilindungi,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media sempena Persidangan Kemuncak ASEAN kali ke-43 yang berlangsung di Jakarta 5 hingga 7 September ini.
Baru-baru ini media melaporkan, Peta Standard China 2023 yang diterbitkan Kementerian Sumber Asli negara itu jelas menunjukkan garisan yang melangkaui sempadan di Sabah dan Sarawak.
Selain dua wilayah Malaysia tersebut, garisan sempadan itu juga melepasi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di Arunachal Pradesh, Jammu dan Kashmir di India, dan wilayah Aksai Chin di Taiwan.
Agensi berita antarabangsa melaporkan, peta itu diterbitkan berdasarkan dakwaan Beijing bahawa jajahan mereka direkodkan seawal tahun 1940-an, namun sebelas garisan putus-putus yang mereka gunakan untuk menandai kawasan mereka telah dikurangkan kepada sembilan garisan sewaktu era Mao Zedong (1943 – 1976).
Susulan insiden tersebut, Kementerian Luar dilaporkan akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung tuntutan negara itu di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam peta tersebut, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Dalam perkembangan berlainan, Zambry berkata, Perdana Menteri akan membawa visi Kerajaan Madani, bagi melihat sebarang kemungkinan kerjasama antara negara dalam blok ASEAN.
Beliau berkata, antara misi utama delegasi Malaysia kali ini ialah bagaimana memastikan ASEAN dapat dijadikan sebagai pusat perdagangan, pelaburan dan diplomasi bagi dunia, sejajar dengan tema Persidangan kali ini – “ASEAN Matters: Epicentrum of the Growth”.
Firdaus Azil
Sun Sep 03 2023
![Sidang Kemuncak ASEAN: Tuntutan China, sekuriti makanan antara tumpuan persidangan - Zambry Sidang Kemuncak ASEAN: Tuntutan China, sekuriti makanan antara tumpuan persidangan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693739785_ZambryAbdulKadir.jpg)
Zambry berkata, delegasi Malaysia, yang diketuai Perdana Menteri akan turut memberi tumpuan kepada ekonomi serantau, keselamatan makanan, dan kestabilan di rantau ini. - Gambar/ Bernama
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739396419_ZambryAbdKadir.jpg)
ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry
Katanya, dengan peralihan daripada sistem unipolar kepada sistem multipolar, ASEAN boleh membawa suara seruan ke arah penyelesaian diplomatik.
![Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739167085_tbProgramMalaysiaS.jpg)
Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry
Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia antara yang dibincangkan Menteri Zambry bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership.
![Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738649121_MohdEkhwanHjTorim.jpg)
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
![Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738077646_TBZambryAbdulKadir.jpg)
Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.
![KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736591547_PoliteknikUngkuOma.jpg)
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
![KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736415020_TBZAMBRY.jpg)
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
![Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735260728_pelajarUTEMmening.jpg)
Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan
Allahyarham Nurul Syafiqah dan Nurhanis Afryna merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM.
![KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035 KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729494155_TBZambry.jpg)
KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035
KPT bercadang untuk tidak menggunakan khidmat perunding luar, sebaliknya menggunakan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami keperluan negara.
![Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732374870_TBZAMBRYSISWA.jpg)
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.