KUALA LUMPUR: Pelajari daripada peristiwa Nakba 1948, jiwa rakyat Palestin hari ini dilihat masih kekal dengan semangat cintakan tanah air sungguhpun diserang oleh tentera Israel sejak Oktober lepas.
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Abdel Rahman Ibrahim berkata sungguhpun serangan bertubi-tubi tentera rejim yang kini menyasarkan pula kem di Rafah menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, rakyat Palestin tetap tidak berganjak daripada negara mereka.
"Untuk jawapan kepada pertanyaan ke manakah rakyat Palestin selepas Rafah, saya hendak perbetulkan persepsi ini di mana rakyat Palestin bukanlah akan ke Mesir mahupun ke negara lain.
"Mereka kebanyakannya kembali semula ke Utara Gaza dan ke serata Gaza iaitu tempat asal, melihat runtuhan rumah-rumah mereka. Mereka sedang mengalami Nakba, telah belajar daripada peristiwa Nakba 1948 dan tekad tidak mahu mengulang semula tragedi tersebut dan tidak keluar daripada negara mereka," katanya.
Abdel Rahman berkata demikian menerusi program bual bicara Radio Bernama untuk segmen Reaksi bertajuk "Selepas Rafah ke Mana?", pada Rabu.
Rakyat Palestin menggunakan istilah "Nakba" atau Malapetaka untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka pada tahun 1948 selepas penubuhan Israel.
Menyentuh soal perlindungan, Abdel Rahman menambah hak asasi manusia yang selayaknya diterima rakyat negara itu masih tidak terbela dan memerlukan perhatian segera masyarakat antarabangsa.
"Apapun, saya terharu dengan protes dan bantahan para pelajar universiti-universiti terkemuka dunia yang majoriti mereka adalah generasi Z kerana berani menyuarakan suara rakyat Palestin," kata penganalisis itu.
Terkini, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Selasa berkata sejak tiga minggu lepas, hampir 1 juta rakyat Palestin telah melarikan diri dari Rafah di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke bandar itu,
Dalam satu kenyataan di platform X, UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres yang mengutuk serangan udara maut Israel berhampiran Rafah di laman media sosial X juga berkata, "Tiada tempat selamat di Gaza. Kengerian ini harus dihentikan."
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Menyentuh soal perlindungan, Abdel Rahman menambah hak asasi manusia yang selayaknya diterima rakyat negara itu masih tidak terbela dan memerlukan perhatian segera masyarakat antarabangsa. - Gambar fail/AP Photo/Jehad Alshrafi

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.

Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump
Ketua PBB menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.

AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran.

630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.

Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.

Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.

Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".

Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.

PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.