TAIPEI: Akibat tidak dapat mencapai kata persetujuan, dua kumpulan silat Indonesia di Taiwan terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan umum hingga mengakibatkan seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.
Dipetik dari Taiwan News, kes pergaduhan yang melibatkan pelbagai senjata tajam itu berlaku pada Sabtu lalu (2 September) di pekarangan stesen kereta api Changhua.
Pihak polis setakat ini sudah menahan seramai 29 orang untuk membantu siasatan. Suspek utama pembunuhan yang berusia 24 tahun pula berjaya ditahan di bandar Taichung selepas 16 jam diburu pihak berkuasa.
Lelaki yang maut itu telah disahkan sebagai warga negara Indonesia, berusia 32 tahun, yang berasal dari Jawa Timur, manakala mangsa yang cedera parah merupakan saudara kembarnya yang merupakan pekerja migran.
Dalam siasatan lanjut, polis Taiwan mendedahkan bahawa 15 suspek kini dikaitkan dengan kesalahan jenayah berat yang lain, termasuk tuduhan pembunuhan, melakukan serangan, menyertai pergaduhan yang menyebabkan kematian.
Menurut polis, dua kumpulan perguruan silat itu terlibat dalam perselisihan mengenai latihan pencak silat. Kedua-duanya mengadakan pertemuan untuk berbincang tentang hal itu, namun tiada persetujuan dicapai seterusnya situasi menjadi semakin tegang hingga berakhir dengan pergaduhan.
Polisi turut menyita senjata pelbagai jenis antaranya pisau, parang, pedang, nunchaku, batang besi, dan beberapa barang lain.
Mangsa yang cedera parah sedang dirawat di hospital.
Agensi
Wed Sep 06 2023
Antara senjata berbahaya yang dirampas pihak polis daripada anggota kumpulan silat berkenaan. - Foto edaran Polis Daerah Changhua
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Seorang maut dalam pergaduhan dua kumpulan silat Indonesia di Taiwan
15 suspek kini dikaitkan dengan kesalahan jenayah berat iaitu pembunuhan, melakukan serangan, menyertai pergaduhan yang menyebabkan kematian.
2 ahli kumpulan silat ditahan miliki keris, pedang, parang di Pulau Besar
Polis menahan dua ahli kumpulan silat kerana memiliki lapan senjata tajam dalam operasi pemantauan di Pulau Besar di sini, Khamis lepas.