SEORANG cedera selepas sebuah kereta terbabas dan terbalik di persimpangan lampu isyarat dalam satu kejadian di Anshan, China pada Sabtu.

Rakaman kamera papan pemuka kenderaan menunjukkan kereta dipandu secara melulu sebelum terbabas dan terbalik di atas beberapa kereta yang sedang berhenti ketika lampu isyarat merah di laluan bertentangan.

Siasatan awal polis mendapati, kereta berkenaan cuba memotong sebuah kereta lain ketika isyarat lampu bertukar menjadi kuning.

Lima kenderaan lain dilaporkan mengalami kerosakan.

Mangsa cedera merupakan pemandu kenderaan yang terbabas itu dan dia telah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan sebelum tindakan polis boleh diambil.


Kemalangan | Seorang cedera, kereta terbabas dan terbalik di persimpangan lampu isyarat