KUALA LUMPUR: Tanggal 8 Mac, di saat dunia meraikan Hari Wanita Sedunia, wanita di Gaza terus menderita, dihimpit berbagai rintangan ekoran serangan tanpa henti tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza yang kini memasuki bulan kelima.
Menurut perangkaan daripada Kementerian Luar Palestin pada Khamis, seramai 8,900 mangsa daripada keseluruhan angka korban yang kini mencecah lebih 30,000 terdiri kaum wanita manakala 12,750 lagi kanak-kanak.
Seorang penduduk Gaza, Ahmad, 31, menyifatkan keadaan yang dilalui sekarang umpama neraka terutama bagi ibu hamil dan kanak-kanak.
Ahmad berkata pada Disember lepas, beliau dan isterinya Asma Ahmad yang ketika itu hanya menghitung hari untuk bersalin terpaksa melarikan diri dengan sehelai sepinggang.
Merka terpaksa meninggalkan rumah mereka yang terletak di utara Semenanjung Gaza apabila kawasan perumahan dibedil tentera Zionis Israel.
Mengimbau detik cemas sambil berkongsi detik mencemaskan itu kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Ahmad berkata: "Saya sangat bimbangkan keselamatan bayi saya. Saya sangka ajal kami sudah tiba".
Ahmad terpaksa membawa isteri meredah sisa konkrit di tengah kegelapan malam dengan berpandukan cahaya letupan bom sebelum bertemu petugas perubatan dan dibawa ke sebuah sekolah yang menjadi tempat mereka berlindung sehingga sekarang.
Pada malam itu juga isterinya bersalin dan pasukan perubatan bertungkus-lumus membantu proses kelahiran bayi sulungnya dengan bantuan cahaya telefon bimbit masing-masing.
Mereka memotong tali pusat bayi yang diberi nama Faraq itu dengan gunting biasa yang ditemukan di situ dan tanpa disteril.
"Sudahlah larut malam, rejim Zionis pula terus mengganas. Mereka menembak apa saja yang bergerak di jalanan pada waktu itu. Jadi kami tidak dapat membawanya ke hospital," kata Barra' Jabir, jururawat yang menyambut kelahiran bayi itu yang kini sudah berusia empat bulan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 52,000 wanita hamil di Gaza terdedah kepada risiko susulan sistem kesihatan yang lumpuh akibat serangan berterusan Israel.
Bayi dan kanak-kanak juga berdepan risiko kematian ekoran ketiadaan makanan asasi yang mencukupi seperti air dan makanan.
Ibu hamil juga mengalami tekanan perasaan seperti dialami Malak Syubat, 21, yang mencari tempat berlindung di bandar Rafah, selatan Gaza setelah beberapa kali berpindah-randah.
"Saya sangat risau untuk melahirkan anak dalam suasana getir di sini," katanya yang sedang sarat mengandung.
Serangan Israel sejak 7 Okt tahun lalu mengorbankan 30,717 orang dan menyebabkan 72,156 cedera manakala ribuan yang lain tertimbus di bawah runtuhan bangunan selain kemusnahan teruk kemudahan kritikal termasuk hospital dan kekurangan ubat-ubatan.
Dianggarkan 71 peratus penduduk Semenanjung Gaza kini diancam krisis kebuluran manakala 98 peratus lagi tidak mempunyai makanan yang mencukupi, menurut pertubuhan hak asasi manusia Euro-Mediterranean.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
WHO melaporkan 52,000 wanita hamil di Gaza terdedah kepada risiko susulan sistem kesihatan yang lumpuh akibat serangan berterusan Israel. - Gambar fail/NewsBoxerDot/Prithvi Singh
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Hamas setuju bentuk jawatankuasa bersama Palestin tadbir Gaza selepas perang
Hamas berkata ia telah mengadakan perbincangan mendalam dengan kumpulan Fatah di Kaherah untuk membentuk jawatankuasa bagi mengurus Gaza.
Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
Tindakan ini berlaku sehari selepas Israel dan Hezbollah, yang disokong Iran, memulakan gencatan senjata di Lubnan.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Ribuan penduduk terperangkap di utara Semenanjung Gaza akibat serangan Israel
Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak enam hari lalu.
Chile campur tangan dalam kes genosid Afrika Selatan terhadap Israel
Chile mengemukakan pengisytiharan campur tangan dalam kes ICJ berhubung Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza.
Gencatan senjata di Gaza 'masih berpotensi' dicapai sebelum penghujung penggal - Biden
Biden berkata perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza masih berpotensi dicapai sebelum tamat tempoh penggal sebagai presiden.
Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Al Arish
Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Arish sebagai persediaan untuk memasukkan kargonya ke Semenanjung Gaza.
60 rakyat Palestin terkorban, angka korban di Gaza melebihi 37,700
Tentera Israel membunuh 60 orang dan mencederakan 140 yang lain menerusi empat operasi dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Umat Islam rai sambutan Aidiladha dalam bayangan perang Gaza
Umat Islam di kebanyakan tempat di dunia mula menyambut Aidiladha pada Ahad, di tengah-tengah perang dahsyat yang berterusan di Semenanjung Gaza.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.