AL ARISH: Kapal bantuan keempat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk Gaza tiba pada Khamis di pelabuhan Arish di wilayah Sinai Utara, Mesir sebagai persediaan untuk memasukkan kargonya ke Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah, dengan penyelarasan pihak berkuasa Mesir.
Ia berlayar dari pelabuhan Fujairah di UAE pada 8 Julai sebagai sebahagian daripada Operasi "Chivalrous Knight 3," yang dilancarkan negara berkenaan untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza di tengah-tengah keadaan sukar yang mereka alami, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kapal itu adalah yang keempat tiba di Arish sebagai sebahagian daripada inisiatif "Chivalrous Knight 3" dan kapal bantuan kelapan UAE ke Semenanjung Gaza. Ia juga merupakan kapal bantuan UAE terbesar yang dihantar ke Gaza dari segi kargo dan kepelbagaian kandungan.
Kapal itu membawa 5,340 tan bantuan dan bekalan makanan, termasuk 4,134 tan bungkusan makanan, 145 tan beras dan tepung, 110 tan air yang diedarkan dalam 200,000 bungkusan, lebih 4,000 khemah, 42,000 bungkusan kesihatan untuk wanita dan kanak-kanak, 18 tan perlindungan matahari, angin dan debu serta 1,600 beg bantuan.
Kargo kapal itu disediakan oleh Bulan Sabit Merah Emirates (ERC), Zayed bin Sultan Al Nahyan Charitable and Humanitarian Foundation dan Yayasan Khalifa bin Zayed Al Nahyan yang diangkut oleh 313 trak yang memunggah kargo mereka ke atas kapal.
Setiausaha Agung ERC Rashid Mubarak Al Mansouri berkata: "Sejak permulaan keadaan sukar yang dialami oleh saudara kita di Palestin, UAE terus memenuhi peranan kemanusiaan dan bantuan dalam membantu mereka dengan semua cara yang ada, selaras dengan arahan Presiden Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan untuk meringankan penderitaan keadaan kemanusiaan yang dialami oleh penduduk di Semenanjung Gaza."
Al Mansouri menekankan bahawa ketibaan kapal keempat ke Semenanjung Gaza adalah langkah penting, kerana ia adalah yang terbesar dari segi kargo dan kepelbagaian bantuan, yang meliputi pelbagai keperluan rakyat Palestin.
Sebagai sebahagian daripada Operasi "Chivalrous Knight 3", UAE telah melancarkan beberapa inisiatif, termasuk penubuhan dua hospital medan, satu di dalam Semenanjung Gaza dan satu lagi hospital terapung di luar pantai bandar Al Arish, sebagai tambahan kepada penubuhan lima kedai roti.
Tepung juga telah disediakan kepada lapan kedai roti sedia ada di Gaza dan enam loji penyahgaraman telah ditubuhkan yang menghasilkan 1.2 juta gelen sehari, yang dipam ke dalam Semenanjung Gaza dan memberi manfaat kepada lebih 600,000 orang.
Komando Operasi Bersama juga telah melancarkan Operasi "Birds of Goodness" untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui udara ke kawasan terpencil di utara Semenanjung Gaza yang tidak dapat diakses melalui darat.
Jumlah keseluruhan bantuan yang telah digugurkan menerusi udara setakat ini ialah 3,382 tan bekalan bantuan dan kemanusiaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Kapal tersebut membawa pelbagai bantuan yang meliputi keperluan rakyat Palestin. - Foto REUTERS

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Al Arish
Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Arish sebagai persediaan untuk memasukkan kargonya ke Semenanjung Gaza.

UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza
Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancar dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus.