ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan ketibaan kapal pertama yang membawa 200 tan bekalan makanan dan bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancarkan dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar UAE (MoFA) menekankan usahanya untuk menyelaras penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan utara Semenanjung Gaza melalui koridor maritim Amalthea.
Kementerian itu memuji usaha penting kepimpinan Cyprus, World Central Kitchen dan rakan antarabangsa dalam memperkukuh tindak balas kemanusiaan kepada orang awam di utara Gaza.
Selain itu, Kementerian menegaskan bahawa malapetaka kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza memerlukan pendekatan antarabangsa secara kolektif untuk segera mengurangkan ancaman kepada orang awam yang tidak bersalah dengan memastikan penyampaian bantuan segera, selamat, tanpa halangan dan mampan.
MoFA juga mengesahkan bahawa koridor maritim adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan komited untuk meningkatkan aliran bantuan kemanusiaan dan komoditi komersial melalui semua laluan yang mungkin.
Sebagai sebahagian daripada komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan usaha kemanusiaan, UAE telah menghantar 21,000 tan bekalan segera, termasuk makanan, air dan barangan perubatan.
Bantuan negara itu dihantar melalui 213 penerbangan, lapan bantuan menggunakan payung terjun, 946 trak dan dua kapal.
UAE juga telah merasmikan beberapa projek bantuan mampan dan menyediakan rawatan perubatan kepada orang awam dari Gaza dengan menubuhkan sebuah hospital medan di selatan Semenanjung Gaza, sebagai tambahan kepada hospital terapung yang berlabuh di Pelabuhan Al-Arish Mesir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024

Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancar dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus. - Reuters

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Al Arish
Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Arish sebagai persediaan untuk memasukkan kargonya ke Semenanjung Gaza.

UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza
Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancar dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus.