KAHERAH: Umat Islam di kebanyakan tempat di dunia mula menyambut Aidiladha pada Ahad, di tengah-tengah perang dahsyat yang berterusan di Semenanjung Gaza.
Cuti empat hari utama, bertepatan dengan ibadah haji di Makkah, Arab Saudi, mengikut kalendar lunar Islam, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Dalam khutbah sempena Aidiladha, seorang khatib di masjid paling suci dalam Islam di Mekah menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
"Aidiladha ini tidak membuat kita lupa saudara-saudara kita yang tidak berdaya dan orang-orang yang kita kasihi di Palestin," kata Sheikh Abdel-Rahman al-Sudais, pegawai kanan agama dan ulama Arab Saudi, kepada jemaah di Masjidil Haram.
"Ya Allah, selamatkan Masjid al-Aqsa daripada pencerobohan dan ketidakadilan Zionis penjajah," tambah al-Sudais dalam khutbah yang disiarkan di televisyen, merujuk kepada masjid ketiga paling suci dalam Islam di Baitulmaqdis.
Tanah Suci atau al-Haram al-Sharif dalam bahasa Arab, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, mengandungi tapak suci Islam Masjid al-Aqsa dan kubah suci Dome of the Rock.
Retorik al-Sudais muncul ketika Amerika Syarikat, sekutu tradisional Arab Saudi, sedang mendesak untuk perjanjian normalisasi antara Riyadh dan Israel.
Rakaman dari Gaza menunjukkan umat Islam menunaikan solat Aidiladha di tengah runtuhan kediaman mereka yang musnah.
Pada hari pertama Aidiladha atau Hari Raya Korban, umat Islam berkumpul awal pagi untuk solat di masjid-masjid.
Semasa Aidiladha, umat Islam juga menghormati kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya bagi membuktikan keimanannya kepada Allah.
Kambing biri-biri biasanya dipilih sebagai haiwan korban, dengan sebahagian daging diberikan kepada golongan miskin. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Dalam khutbah sempena Aidiladha, seorang khatib di masjid paling suci dalam Islam di Mekah menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin. - Gambar Reuters/Saleh Salem

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Umat Islam rai sambutan Aidiladha dalam bayangan perang Gaza
Umat Islam di kebanyakan tempat di dunia mula menyambut Aidiladha pada Ahad, di tengah-tengah perang dahsyat yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Bekalan ternakan untuk Aidiladha mencukupi
Bekalan ternakan hidup seperti lembu dan kerbau tempatan bagi penyembelihan sempena Aidiladha pada Khamis ini dijangka mencukupi dan memenuhi keperluan, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).