Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah gudang yang menyimpan minyak mesin dan tayar di pelabuhan tersebut.
Menurut pihak berkuasa negara itu berkata, lokasi kebakaran itu dipercayai kawasan bebas cukai.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan apakah bahan sebenar yang terbakar manakala pihak berkuasa sedang bertungkus-lumus memadamkan api daripada merebak.
Menurut Ketua Unit Mencari dan Menyelamat, Michel el-Murr, kebakaran yang berlaku adalah terlalu besar dan menyukarkan pasukan bomba dan penyelamat mengawal kebakaran sepenuhnya.
Buat masa ini, pihaknya terpaksa meminta bantuan tambahan anggota bomba ke lokasi kejadian untuk membantu kerja-kerja pemadaman.
Ketua Palang Merah Lubnan, George Kettaneh berkata, orang ramai tidak perlu bimbang tentang kemungkinan berlaku letupan lanjutan daripada insiden kebakaran itu.
Tambahnya, meskipun tiada sebarang mangsa yang cedera, pihaknya menerima dan merawat beberapa pesakit yang mengadu mengalami kesesakan nafas.
