MOSCOW: Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya kini meningkatkan pemantauan ke atas senjata nuklear Rusia, susulan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Moscow sejak kebelakangan ini, lapor Sputnik.
"Kami memantau lebih rapi," menurut pegawai yang mempunyai akses kepada maklumat risikan ke atas kuasa nuklear Moscow memetik laporan akhbar Politico pada Selasa.
AS dan sekutunya telah meningkatkan usaha mengumpul dan menganalisis data mengenai senjata nuklear Rusia di unit-unit udara, angkasa dan ruang siber, menurut pegawai berkenaan.
Perisik Barat sedang menilai sama ada Rusia berkemungkinan menggunakan senjata nuklear di Ukraine. Jurucakap Pemerintah Strategik AS memberitahu Politico bahawa kumpulan itu "sentiasa berjaga-jaga dan bersedia untuk bertindak balas jika diperlukan," menurut laporan itu.
Minggu lepas, Presiden Rusia Vladimir Putin menggerakkan sebahagian daripada anggota tentera simpanannya untuk menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, dan memberi amaran bahawa Moscow akan menggunakan "semua cara" jika integriti wilayahnya terancam.
Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia Dmitry Medvedev pada Selasa berkata Rusia akan melakukan segala-galanya untuk menghalang jiran yang bermusuhan, termasuk Ukraine, daripada mendapatkan senjata nuklear. Pegawai itu percaya bahawa NATO tidak akan campur tangan secara langsung dalam konflik Ukraine memandangkan ahli politik AS dan Eropah "tidak mahu mati dalam malapetaka nuklear yang dahsyat."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Minggu lepas, Presiden Rusia Vladimir Putin menggerakkan sebahagian daripada anggota tentera simpanannya untuk menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine. - Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.

Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.

Guterres seru penghapusan senjata nuklear secara keseluruhan di Perhimpunan PBB
Antonio Guterres beri amaran mengenai ketegangan global yang semakin meningkat serta percambahan semula senjata nuklear.

UNSC akan adakan mesyuarat bincang isu Korea Utara minggu ini
Mesyuarat tertutup pada 10 pagi Khamis itu antara lain akan turut berbincang mengenai perjanjian pengawalan senjata nuklear.

Turki pastikan isu senjata nuklear Israel dalam agenda global
Recep Tayyip Erdogan turut membidas sokongan Eropah untuk Israel dengan mengambarkannya sebagai "keaiban holocaust."

Pakatan Korea Selatan-AS perangi rejim Korea Utara sekiranya senjata nuklear digunakan - Presiden Yoon
Rejim Korea Utara mesti sedar sepenuhnya bahawa senjata nuklear tidak akan pernah dapat menjamin keselamatannya, kata Yoon.

Tentera Laut Korea Utara dilengkapi senjata nuklear, kata Kim
Korea Utara akan melengkapi tentera lautnya dengan senjata nuklear, kata pemimpin negara itu.

Rejim Pyongyang mungkin 'berakhir' jika guna senjata nuklear
Seoul mengeluarkan amaran itu sebagai tindak balas terhadap kenyataan Pyongyang mengenai kemungkinan berlakunya konflik nuklear.

Asia Tenggara wajib jadi zon bebas senjata nuklear - Marsudi
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi mengulangi gesaan agar semua pihak berkaitan mesti berusaha sedaya upaya memelihara rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear.

'Apa masalahnya? Hubungi saja Putin' - Presiden Belarus dakwa boleh guna senjata nuklear
Presiden Belarus Alexander Lukashenko mengancam untuk menggunakan senjata nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).