SEOUL: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan perbincangan mengenai Korea Utara pada minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap pada Khamis.
Menurut laman web UNSC majlis itu dijadual mengadakan mesyuarat tertutup pada 10 pagi Khamis (waktu New York) mengenai isu-isu Korea Utara, perjanjian pengawalan senjata nuklear dan perkara-perkara lain.
Korea Selatan bersama-sama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, dikatakan telah meminta perbincangan itu diadakan.
Ia menjadi mesyuarat UNSC pertama yang membincangkan isu Korea Utara sejak Seoul memulakan penggal dua tahun sebagai anggota tidak tetap majlis itu tahun ini.
Korea Selatan dijangka memperluas pengaruhnya dalam badan PBB itu untuk lebih berkesan menangani isu Korea Utara dan cabaran keselamatan lain sehingga tamat penggalnya.
Semasa mesyuarat itu, anggota UNSC mungkin membincangkan kerjasama ketenteraan Korea Utara yang semakin meningkat dengan Rusia dan tindakan provokasi terbarunya.
Korea Utara pada Ahad melancarkan peluru berpandu balistik hipersonik jarak sederhana, ujian peluru berpandu pertamanya tahun ini selepas kali terakhir menembak peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-18 pada 18 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Mesyuarat tertutup pada 10 pagi Khamis itu antara lain akan turut berbincang mengenai perjanjian pengawalan senjata nuklear. - Gambar fail

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.

Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan Presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Januari 2025.

UNSC adakan sidang tergempar berhubung serangan Israel ke atas hospital di Gaza
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Jan 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

CAF 2024: 'Kuasa veto harus dilarang dalam UNSC' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penggunaan kuasa veto dalam UNSC dilarang terutama dalam kes kekejaman dan kemanusiaan berskala besar.

Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.

Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.

UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.

Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.

UNSC: Beri negara Selatan Global peranan lebih besar - Putin
Negara Asia, Afrika dan Amerika Latin perlu diberikan peranan lebih besar dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

UNSC bimbang pos pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan diserang Israel
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin menggesa semua pihak agar menghormati keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman PBB di Lubnan.