Ringkasan AI
- Ketibaan Jenazah di Doha, Qatar: Jenazah Ismail Haniyeh tiba di Doha, Qatar, dan dijadualkan untuk dikebumikan di ibu negara Qatar. Ketibaannya disambut oleh anggota Hamas, termasuk bekas ketua kumpulan itu, Khaled Meshaal.
- Isteri Menyatakan Kesedihan: Dalam video yang dikongsi oleh Reuters, isteri Allahyarham, Amal Haniyeh, terlihat tidak dapat menahan sebak ketika memeluk keranda suaminya. Dia menyampaikan salam kepada semua syuhada Gaza dan berdoa agar Allah memudahkan urusan suaminya di dunia dan akhirat.
- Angkara Israel: Ismail Haniyeh didakwa terbunuh akibat letupan bom di rumah penginapannya di Tehran. Pegawai Iran dan Hamas menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan ini1. Kematian pemimpin ini akan menjadi faktor kebangkitan seluruh dunia dalam menentang kejahatan Zionis Israel. Malaysia juga mengutuk pembunuhan ini dan menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin. Semoga semangat perjuangan untuk hak pembebasan Palestin terus berlanjut.
Jenazah Allahyarham pemimpin berusia 62 tahun itu dijadual dikebumikan di ibu negara Qatar, hari ini.
Hadir menyambut ketibaan jenazah Ismail di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha ialah anggota Hamas termasuk bekas ketua kumpulan itu, Khaled Meshaal.
[LAPOR LANGSUNG] Jasad Ismail Haniyeh dikebumi di tanah perkuburan Lusail
Sementara itu dalam video berasingan yang dikongsi oleh Reuters, isteri Allahyarham, Amal Haniyeh dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memeluk keranda Allahyarham suaminya itu.
"Kamu adalah sandaranku di dunia dan akhirat. Kamulah kekasihku...
"Sampaikan salam kepada semua syuhada Gaza... ucapkan salam kepada para pemimpin, kepada semua syuhada Gaza dan semua umat Islam. Kekasihku, semoga Allah memudahkan urusan mu di dunia dan akhirat," katanya memetik laporan tersebut.
Ismail dibunuh pada awal pagi Rabu lalu dipercayai akibat letupan bom di rumah penginapannya di Tehran.
Pegawai Iran dan Hamas mendakwa Israel bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.