Perkara ini dilaporkan gabungan beberapa badan kerajaan Amerika Syarikat seperti FBI, CISA, Multi-State Information Sharing and Analysis Center (MS-ISAC) dan Department of HeUalth and Human Services (HHS).
Mereka mendakwa perkhidmatan menggodam ini telah mencuri dan mengunci data dari sekurang-kurangnya 210 syarikat dan institusi dari sektor air dan kumbahan, IT, perkhidmatan kerajaan, fasiliti kerajaan dan kesihatan, perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan kewangan dan perbankan dan lain-lain lagi.
Keempat-empat badan kerajaan ini memberi nasihat untuk mengetatkan sekuriti sistem-sistem IT mereka, dan untuk menggunakan teknologi seperti Multi-Factor Authorization dan penggunaan VPN untuk mengakses sistem-sistem yang kritikal untuk kelangsungan syarikat.
Audit sekuriti syarikat juga adalah penting untuk memastikan bahawa para pekerja tidak menjadi titik lemah untuk mereka.
Syarikat-syarikat yang terkesan akibat serangan godaman RansomHub ini juga disarankan untuk tidak membayar sebarang wang tebusan untuk mendapatkan data mereka kembali.
Ini adalah kerana membayar wang tebusan tersebut tidak menjamin bahawa mereka akan mendapat kembali data mereka. -Amanz