MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin akan melakukan lawatan negara ke Korea Utara dari Selasa hingga Rabu, kata perkhidmatan akhbar Kremlin pada Isnin, lapor Xinhua.

Selepas Korea Utara, Putin akan melawat Vietnam dari Rabu hingga Khamis, katanya.

Pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un telah mengadakan lawatan rasmi ke Rusia atas jemputan Putin pada September 2023 dan kemudian menjemput Putin untuk membuat lawatan balas.

Rusia adalah negara pertama yang dilawati oleh Kim sejak pandemik COVID-19, di mana sempadan Korea Utara ditutup.

Lawatan pertama Putin ke Pyongyang adalah pada Julai 2000, dua bulan selepas pelantikannya sebagai Presiden.

-- BERNAMA