"Inilah peluang yang telah dirancang. Sudah tentu, usaha ke arah ini akan diteruskan," kata Pankin di luar Forum Ekonomi Eurasia Verona XVII di Ras Al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Jumaat.
Beliau menjelaskan bahawa perbincangan itu tidak melibatkan mata wang bersama.
Pankin turut menambah bahawa kenyataan Trump baru-baru ini tidak mempengaruhi proses membuat keputusan.
"Itu sama sekali tidak benar. Saya berpendapat kenyataan presiden baharu itu akan berubah pada masa hadapan. Bukan sekali, dan bukan hanya dalam satu arah. Hal ini juga terjadi semasa penggal pertama beliau," jelas diplomat Rusia itu.
Pada 30 Nov, Trump mengancam negara-negara BRICS dengan tarif 100 peratus sekiranya mereka tidak menghentikan rancangan untuk mencipta mata wang alternatif kepada dolar.
Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini berkata bahawa masih terlalu awal untuk bercakap mengenai mewujudkan mata wang tunggal BRICS.
-- BERNAMA