Ringkasan AI
- Neutraliti Proaktif: ASEAN perlu mengambil sikap neutraliti proaktif untuk mengelakkan rantau Asia Tenggara menjadi medan pertempuran antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China. Prinsip ASEAN Centrality: Prinsip ini penting untuk memastikan ASEAN tidak menjadi medan persaingan yang membawa kepada ketidakstabilan dalam pertembungan kuasa besar. Tindakan Proaktif Malaysia: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memposisikan Malaysia mesra dengan semua blok negara asing melalui penyertaan dalam BRICS, RCEP, dan IPEF, sebagai usaha untuk mengimbangi pengaruh kuasa besar.
Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, Tharma Pillai berkata ini penting untuk memastikan rantau Asia Tenggara tidak menjadi medan pertempuran pihak-pihak bertelagah yang boleh membawa kemusnahan.
“Prinsip ASEAN centrality penting untuk menjadi teras kepada dasar luar negara Malaysia. Ini untuk pastikan ASEAN tidak menjadi medan persaingan yang membawa kebawa ketidakstabilan dalam pertembungan Amerika Syarikat-China.
“Kita pernah lihat pada zaman perang dingin, bahawa apabila ada pertempuran besar atau pergelutan antara kuasa-kuasa besar dunia sudah tentu ASEAN menjadi medan kemusnahan. Ini perkara-perkara yang perlu dielakkan. ASEAN perlu kekal neutral,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
Menurut Tharma, sikap neutral proaktif yang dimaksudkan tercermin dalam tindakan yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memposisikan Malaysia mesra dengan semua blok-blok negara asing.
“Tindakan Perdana Menteri membawa Malaysia menyertai BRICS, Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP), dan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik untuk Kemakmuran (IPEF), merupakan percubaan untuk imbangi pengaruh kuasa-kuasa besar.
“Ini merupakan tindakan proaktif yang boleh diguna pakai oleh negara-negara dalam ASEAN,” jelasnya.
Malaysia secara rasmi menjadi pengerusi ASEAN untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 2025.
Dialog Tiga Penjuru: ASEAN25 | Titik penentu, masa untuk Malaysia beraksi