"Sudah tentu. Kami mengambil serius setiap permohonan keahlian, dan Syria tidak terkecuali.
"Namun, kami tidak mendesak atau memaksa mana-mana pihak.
"Kami menghormati setiap pilihan kerana isu ini terlalu penting untuk sekadar bergantung pada beberapa petunjuk formal berkaitan keahlian," kata Ryabkov ketika ditanya sama ada BRICS bersedia menilai permohonan keahlian Syria sekiranya disahkan oleh pihak berkuasa baharu.
Sebelum ini, Duta Syria ke Rusia Bashar Jaafari berkata bahawa Syria sedang "mengadakan perbincangan serius" mengenai keahlian dalam BRICS.
-- BERNAMA