Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri pada Isnin yang menyatakan bahawa temasya itu tidak boleh diteruskan selagi atlet dan persatuan sukan tidak mempunyai akses bebas ke pertandingan antarabangsa.
Namun, penganalisis berpendapat alasan sebenar penangguhan adalah kekurangan dana.
Moscow pada asalnya merancang menganjurkan temasya berkenaan pada September di Yekaterinburg sebagai pengganti bagi atlet Rusia yang tidak dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 akibat operasi ketenteraannya di Ukraine.
Hanya kira-kira sedozen atlet Rusia dibenarkan bertanding di Perancis di bawah bendera neutral.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengkritik temasya saingan anjuran Rusia itu dan menyeru anggota persekutuan mereka untuk tidak mengambil bahagian.
-- BERNAMA