Sekurang-kurangnya 10 individu dilaporkan maut di Filipina dalam insiden serangan dari sekumpulan bersenjata ketika pilihan raya negara itu pada Isnin.
Kumpulan tersebut bertindak menyerang pusat pengundian, memusnahkan kenderaan dan mencuri mesin mengira undi, kata Ketua Inspektor Jonathan del Rosario, jurucakap polis pilihan raya, kepada AFP.
Bagaimanapun pihak berkuasa menyifatkan kejadian tersebut sebagai insiden terpencil dan secara keseluruhan pilihan raya berjalan dengan aman apabila 10 juta rakyat keluar mengundi bagi memilih jawatan presiden dan 18,000 bagi jawatan lain.
BACA: Rakyat Filipina keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat dan Presiden
Dalam serangan hendap yang berlaku pada awal pagi itu, tujuh orang ditembak mati di bandar Rosario.
Manakala di Guindulungan, sebuah bandar miskin di wilayah selatan Filipina yang sedang bergolak, seorang pengundi telah ditembak mati di salah sebuah tempat mengundi.
Seorang pemerhati undi juga terbunuh apabila sebiji bom tangan telah dilancarkan di sebuah pasar di Cotabato.
Di bandar berhampiran Sultan Kudarat, iaitu letaknya kubu kuat kumpulan pemberontak Islam terbesar di negara itu, 20 lelaki merempuh masuk ke pusat mengundi dan melarikan mesin mengundi.
Di wilayah utara Abra, penyokong calon politik menembak antara satu sama lain menyebabkan seorang terbunuh dan dua cedera, kata jurucakap polis Marcy Grace Marron kepada AFP.
Polis menahan dua lelaki dan dua wanita bersenjata selepas pertempuran di bandar pergunungan Lagayan, 350 kilometer dari utara Manila, kata Marron.
Namun, Pesuruhjaya pilihan raya Rowena Guanzon berkata keganasan itu tidak akan memberi kesan kepada keputusan, menyatakan mereka telah bersiapsiaga dengan kawalan keselamatan di kawasan panas.
Lima belas orang disahkan terbunuh dalam keganasan pra-pilihan raya sejak awal tahun ini, menurut pasukan petugas.
Agensi
Mon May 09 2016
Dalam serangan hendap yang berlaku pada awal pagi itu, tujuh orang ditembak mati di bandar Rosario. - Foto AFP/Ted AljibeE
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
[LAPOR LANGSUNG] 10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian dan persemadian semua 10 mangsa nahas berkenaan.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas Elmina: Pasukan penyiasat berjaya peroleh rakaman suara 30 minit terakhir
Anthony Loke berkata pasukan siasatan juga berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.
10 maut: Pemandu treler mengaku tidak salah memandu secara berbahaya
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di lorong kecemasan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menyebabkan kematian.
Kemalangan ELITE: Lesen pengendali treler mungkin digantung, dibatal jika langgar ICOP
Wee Ka Siong berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi ICOP.
PRU Filipina: 10 maut dalam serangan kumpulan bersenjata
Sekurang-kurangnya 10 maut di Filipina dalam insiden serangan dari sekumpulan bersenjata ketika pilihan raya negara itu pada Isnin.
10 maut dalam kejadian tanah runtuh di Bandung
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Pasir Pogor, Bandung, Indonesia.
Taufan Sandy mula ragut korban, 15 maut
Taufan Sandy mula meragut korban dengan sekurang-kurangnya 15 orang maut akibat insiden berkaitannya