KUALA LUMPUR: Perintah menggantung atau membatalkan lesen pengendali syarikat treler terlibat kemalangan di Lebuhraya ELITE yang mengorbankan 10 nyawa malam tadi, akan dikeluarkan sekiranya didapati melanggar keperluan Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi ICOP serta melanggar syarat lesen pengendali dan perintah itu akan dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas selesai siasatan oleh pihak berkuasa.
"Semua pihak berkuasa berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang menyiasat kejadian tersebut secara terperinci untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan kemalangan tragis itu berlaku.
"Laporan daripada penyiasatan ini nanti termasuk laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ akan diserahkan secepat mungkin kepada APAD untuk tindakan lanjut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: 10 maut dalam kemalangan tiga kereta, treler di Lebuhraya ELITE
Katanya pelanggaran syarat itu mampu mewujudkan risiko keselamatan kepada pemandu lain termasuk pejalan kaki dan orang awam, secara amnya.
"MOT amat berduka cita dengan kejadian tersebut apabila sebuah lori treler merempuh tiga buah kereta yang berhenti di lorong kecemasan sehingga meragut 10 nyawa termasuk seorang ibu dan lapan orang anaknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
![Kemalangan ELITE: Lesen pengendali treler mungkin digantung, dibatal jika langgar ICOP Kemalangan ELITE: Lesen pengendali treler mungkin digantung, dibatal jika langgar ICOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639831920_Terbunuhkemalan.jpg)
Ka Siong berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi ICOP. - Gambar/ Bernama
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Insiden tragis ELITE: PM zahir takziah, seru Keluarga Malaysia berhati-hati ketika memandu Insiden tragis ELITE: PM zahir takziah, seru Keluarga Malaysia berhati-hati ketika memandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639815407_kemalangan.jpg)
Insiden tragis ELITE: PM zahir takziah, seru Keluarga Malaysia berhati-hati ketika memandu
Perdana Menteri mendoakan agar roh kesemua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh golongan beriman dan beramal soleh.