UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] 10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi

Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian dan persemadian semua 10 mangsa nahas berkenaan.

Astro Awani
Semua 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Lumut pada Selasa selamat disemadikan. -Foto Sinar Harian

Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas

Thu Apr 25 2024

Bangkai dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Selasa lalu telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.


BERITA PENUH DI SINI

Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled

Thu Apr 25 2024

Kementerian Pertahanan akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP) latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Selasa lepas yang mengorbankan 10 nyawa, berulang.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia bergantung kepada hasil laporan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Siasatan yang ditubuhkan.


BERITA PENUH DI SINI

KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa

Thu Apr 25 2024

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, menyumbangkan bantuan Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA YKN) RM3,000, kepada waris anggota keluarga mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata bantuan yang akan diagihkan dalam masa terdekat itu, diharapkan dapat meringankan bebanan yang dialami keluarga mangsa.


BERITA PENUH DI SINI

10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi

Thu Apr 25 2024

Semua 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Lumut pada Selasa selamat disemadikan.

Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.


BERITA PENUH DI SINI

Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak

Thu Apr 25 2024

Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan

Thu Apr 25 2024

Majlis pengebumian mendiang Joanna Felicia Rohna, mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berlangsung lancar pagi ini.

Mendiang yang berusia 26 tahun disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Emperoh, di sini, dengan dihadiri oleh seluruh keluarga.


BERITA PENUH DI SINI

Jasad Sivasutan selamat disemadikan

Thu Apr 25 2024

Jasad Leftenan T Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selamat menjalani upacara pembakaran di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan di sini pada pada Khamis.

Sebelum itu, istiadat rasmi TLDM telah dijalankan di kediaman keluarga yang berakhir dengan penyerahan Panji TLDM oleh Timbalan Panglima Armada Barat, Laksmana Pertama R Harisundar kepada ibu mendiang, R Paramesvary, 60.


BERITA PENUH DI SINI

Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching

Thu Apr 25 2024

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter

Thu Apr 25 2024

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata anak mangsa yang belajar di universiti pula akan dikecualikan yuran pengajian.

BERITA PENUH DI SINI.

Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan

Wed Apr 24 2024

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi

Wed Apr 24 2024

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara malam tadi.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan, yang dijalankan mengikut istiadat pengebumian tradisi tentera laut dengan dihadiri ribuan ahli keluarga, kenamaan serta sanak saudara yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir.

BERITA PENUH DI SINI.

Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman

Wed Apr 24 2024

Jasad mendiang mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kanan 1 Joanna Felicia Rohna selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching sekitar jam 11.54 malam Rabu menggunakan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh itu berlepas pada jam 9.18 malam Rabu selepas tertunda beberapa kali berikutan cuaca buruk.

BERITA PENUH DI SINI.

Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir

Wed Apr 24 2024

Tangisan anak bongsu mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Muhamad Amir Mohamad mengiringi proses pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Felcra, Bukit Kepong, Muar malam tadi.

Jenazah Allahyarham, yang juga Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM itu, selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.

BERITA PENUH DI SINI.

Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah

Wed Apr 24 2024

Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, yang maut dalam tragedi helikopter yang terhempas di Lumut, Perak semalam, selamat dikebumi dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, di sini pada 9.55 malam ini.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.

BERITA PENUH DI SINI

Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa

Wed Apr 24 2024

Mendiang Leftenan T. Sivasutan, 31, seorang daripada 10 mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam, disifatkan sebagai anak yang baik hati dan tidak pernah menolak segala permintaan orang tuanya.

Bapa mendiang, M. Thanjappan, 61, berkata satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik itu hanya menurut permintaan ibu dan bapanya tanpa sebarang persoalan.

BERITA PENUH DI SINI

'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa

Wed Apr 24 2024

"Anak saya wira negara, dia juga wira anak-anak Sungai Nibong. Saya bangga dengannya dan saya juga ikhlas pemergian beliau."

Demikian luahan bapa Muhammad Firdaus, Ramli Abd Hamid yang ditemui pihak media sebaik urusan pengebumian anak sulungnya selesai.

BERITA PENUH DI SINI

Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak

Wed Apr 24 2024

Suasana hiba dan sedih menyelubungi pengebumian Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin yang terkorban tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Linangan air mata mengiringi pemergian Allahyarham apabila isteri, Alia Amalina Mohd Nor dan anak lelaki mereka, Wan Alyan Riz mencium keranda Wan Rezaudeen Kamal beberapa kali sebelum dikebumikan.

Lebih sebak melihat anak Allahyarham yang berusia empat tahun tidak putus-putus memanggil ‘daddy’.

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman

Wed Apr 24 2024

Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44 tahun, yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong, Pulau Pinang malam ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus dikebumikan dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar kira-kira jam 8.50 malam.

BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa

Wed Apr 24 2024

Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan itu bagi meringankan beban mereka.

BERITA PENUH DI SINI

Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut

Wed Apr 24 2024

Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian

Wed Apr 24 2024

Lapan jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja di sini kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.

Kenderaan yang membawa semua jenazah dilihat mula keluar dari bangunan tersebut kira-kira jam 6 petang tadi.


BERITA PENUH DI SINI.
 

Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB

Wed Apr 24 2024

Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.

Sebanyak 10 buah kenderaan jenazah tersebut diiringi kenderaan polis dan akan bergerak ke tiga lokasi yang telah ditetapkan sebelum ini.


BERITA PENUH DI SINI.

"Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus

Wed Apr 24 2024

"Dulu makcik yakin makcik yang akan meninggal dunia dulu daripada dia... makcik tahu dia anak yang bertanggungjawab, dia boleh jaga adik-adiknya dan semua orang, tapi nampaknya dia yang 'pergi' dulu".

Demikian kata Indon Hussin,67, ibu kepada Allahyarham Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam kejadian dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam.


BERITA PENUH DI SINI.

Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut

Wed Apr 24 2024

Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi

Wed Apr 24 2024

Laporan interim berhubung insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh dua minggu.

Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, laporan penuh berhubung insiden berkenaan akan disediakan dalam tempoh sebulan.


BERITA PENUH DI SINI.

Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM

Wed Apr 24 2024

Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh untuk solat jenazah.


BERITA PENUH DI SINI.

Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati

Wed Apr 24 2024

Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkembangan kejadian itu dari seluruh dunia.

Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci, malah video insiden berkenaan yang disifatkan amat jarang berlaku serta mengejutkan, dikongsi di pelbagai platform media sosial di pelbagai negara.


BERITA PENUH DI SINI.

Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD

Wed Apr 24 2024

Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.

Menurut maklumat diberikan kepada media, lapan daripada van tersebut akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Ipoh.


BERITA PENUH DI SINI.


Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter

Wed Apr 24 2024

Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris

Wed Apr 24 2024

Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas dari negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A Sivanesan berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Perak pada minggu depan.


BERITA PENUH DI SINI.

Ebit Lew ziarah keluarga mangsa di HRPB

Wed Apr 24 2024

Ebit Lew turut dilihat hadir ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada tengah hari pada Rabu.

Ketika ditanya, beliau mengatakan datang untuk menziarah keluarga mangsa.#Helikopter#EbitLew#TLDM@501Awani pic.twitter.com/UfG6dUUOiW

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) April 24, 2024

Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB

Wed Apr 24 2024

Dua buah lori Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut membawa 10 buah keranda tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, sekitar pukul 9 pagi tadi.

Semua keranda berkenaan akan membawa 10 jenazah sebaik sahaja proses bedah siasat yang dijangka selesai pukul 2 petang ini.

BERITA PENUH DI SINI.

DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa

Wed Apr 24 2024

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini dimulai dengan bertafakur selama satu minit bagi menghormati dan memperingati 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung dan terhempas di Lumut, Perak, semalam.

Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN pagi ini.

BERITA PENUH DI SINI.

Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan

Wed Apr 24 2024

Pas memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.

Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata pihaknya turut mengalu-alukan tindakan menteri termasuk membatalkan acara sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dan digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat Jumaat ini.

BERITA PENUH DI SINI.

Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban

Wed Apr 24 2024

Jenazah lapan daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Lumut akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja di Jalan Tambun di sini untuk disembahyangkan.

Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun  Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.

BERITA PENUH DI SINI

Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib

Tue Apr 23 2024

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu agar melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi semalam.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya dalam kenyataan memaklumkan, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

BERITA PENUH DI SINI.

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter

Tue Apr 23 2024

Malaysia pada Selasa dikejutkan dengan nahas udara yang meragut 10 nyawa apabila dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi Selasa.

Tragedi menyayat hati itu merupakan nahas terburuk membabitkan helikopter terhempas di negara ini sejak sembilan tahun lepas dan yang kelapan berlaku dalam tempoh sama.

BERITA PENUH DI SINI.

Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'

Tue Apr 23 2024

"Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalunya pergi dulu," itu kata Md Akhir Jamaludin, 55, mengenai anak saudaranya Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 34, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi Selasa.

Md Akhir berkata sebagai anak sulung daripada empat beradik, Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.

BERITA PENUH DI SINI.

Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Tue Apr 23 2024

Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai satu kehilangan besar.

Mohamad Borak, 71, bagaimanapun berkata mereka sekeluarga reda dengan kehilangan anak keduanya itu walaupun arwah merupakan individu yang banyak membantu adik-adiknya terutama dari segi kewangan.

BERITA PENUH DI SINI.

Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

Tue Apr 23 2024

Adik sepupu Lt T. Sivasutan, 31, seorang daripada mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa berkata tubuhnya tidak berhenti menggigil apabila menerima perkhabaran duka itu.

M. Sivanesan, 23, sedang bekerja di Manjung sebelum mendapat tahu mengenai insiden itu pada kira-kira 10.30 pagi menerusi maklumat dan gambar selain video yang tular di laman sosial.

BERITA PENUH DI SINI.

Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak

Tue Apr 23 2024

"Saya mahu kakak dikuburkan di sini dan mahu melihat dia buat kali terakhir," itu luahan Honey Viviane Francis ketika mengetahui kakaknya Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna terkorban dalam nahas helikopter pagi Selasa.

Honey, 16, berkata berita sedih tentang pemergian kakaknya itu disampaikan oleh ayahnya yang datang ke sekolah untuk memaklumkan kepada dia dan adiknya pada 11 pagi semalam.

BERITA PENUH DI SINI.

Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM

Tue Apr 23 2024

Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM.

Salam takziah buat semua mangsa.

HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai esok tengah hari.#helikopterterhempas #TLDM#Lumut@501Awani pic.twitter.com/GwHilAo5xW

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) April 23, 2024

Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar

Tue Apr 23 2024

Insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas mungkin disebabkan pelanggaran titik kritikal pada struktur pesawat berkenaan, kata pakar penerbangan Profesor Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian.

Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata jika titik kritikal sesebuah pesawat terjejas atas faktor tertentu maka ia akan mengakibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.

BERITA PENUH DI SINI

Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled

Tue Apr 23 2024

Helikopter Operasi Maritim (HOM) jenis AW139 yang terbabit dalam tragedi dua helikopter terhempas pagi tadi, pertama kali digunakan bagi acara lintas hormat sempena perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.

BERITA PENUH DI SINI 

Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar

Tue Apr 23 2024

Wajahnya kelihatan sugul, tidak menangis namun di dalam hatinya, tidak siapa yang tahu.
Kehilangan ibu tercinta pada usia remaja bukanlah sesuatu yang mudah diterima sesiapa.

Pasangan kembar, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor tidak pernah menyangka kehilangan ibu pada usia 16 tahun.

BERITA PENUH DI SINI

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Tue Apr 23 2024

Akaun Facebook 503 Squadron dihujani doa dan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak awal pagi tadi.

Laman sosial itu tular susulan hantaran yang dimuat naik empat hari lepas memaparkan beberapa gambar Skuadron 503 menghantar dua Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bersama sembilan kru udara dan 11 juruteknik pesawat ke Lumut untuk menyertai Lintas Hormat di KD Pelandok sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April ini.

BERITA PENUH DI SINI

Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa

Tue Apr 23 2024

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ketika ini pihaknya khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan keluarga mangsa daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bantuan diberikan.

BERITA PENUH DI SINI

Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga

Tue Apr 23 2024

Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.

Neneknya, Rindung Mulo, menyifatkan Joanna sebagai seorang yang cukup penyayang malah selalu mengambil berat akan kebajikan mereka sekeluarga termasuk menyediakan kenderaan untuk dia dan suami ke hospital.

BERITA PENUH DI SINI

Proses bedah siasat dijangka selesai esok

Tue Apr 23 2024

Prosedur bedah siasat 10 jenazah nahas helikopter terhempas di Pangkalan TLDM telah dimulakan dan dijangka selesai lewat tengah hari pada Rabu.

Hospital Raja Permaisuri Bainun dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.

BACA BERITA PENUH DI SINI 

Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun

Tue Apr 23 2024

Sepupu suami pelakon Eyra Hazali antara yang terkorban

Tue Apr 23 2024

Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota TLDM yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.

Jelas Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali, Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin merupakan sepupu kepada suaminya.


BERITA PENUH DI SINI

Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong

Tue Apr 23 2024

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.

Beliau turut berkongsi mengenai salah seorang mangsa terkorban merupakan anak jati Bukit Kepong.


BERITA PENUH DI SINI

'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'

Tue Apr 23 2024


"Bila dapat tahu berita nahas helikopter pagi tadi, terus saya hubungi rakan baik saya, Farah tapi tak sangka dia antara mangsa yang terkorban," kata M Shahril Hanifah.

M Shahril berkata, dia cuba hubungi rakannya, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy yang mesra dipanggil Farah sekitar jam 12.30 tengah hari untuk mengetahui kejadian sebenar, namun tidak dijawab.


BERITA PENUH DI SINI

Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga

Tue Apr 23 2024

'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'

Tue Apr 23 2024

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi yang terkorban dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa disifatkan jiran sebagai seorang yang baik.

Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.


BERITA PENUH DI SINI

Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'

Tue Apr 23 2024

"Wajah tenang seperti tidur," kata Mohd Termizi Abdul Ghani, 68, bapa kepada Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan, 41, yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).


BERITA PENUH DI SINI

[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Tue Apr 23 2024

Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang

Tue Apr 23 2024

"Arwah teruja sediakan segala persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dia banyak ambil video."

Luahan rasa hiba itu disuarakan Abdul Latif Anuar, 46, abang kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, yang merupakan salah seorang mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi tadi.


BERITA PENUH DI SINI

MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video

Tue Apr 23 2024

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mengelak sebarang kesalahan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

MCMC dalam kenyataan hari ini turut menasihatkan mana-mana pihak yang telah memuat naik video berkenaan supaya memadam kandungan itu daripada media sosial.


BERITA PENUH DI SINI

 Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang

Tue Apr 23 2024

"Arwah teruja sediakan segala persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dia banyak ambil video."
Luahan rasa hiba itu disuarakan Abdul Latif Anuar, 46, abang kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39,.

yang merupakan salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM pagi tadi.

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh

Tue Apr 23 2024

Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6 petang pada Selasa.

Jenazah mangsa dibawa ke hospital tersebut menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


BERITA PENUH DI SINI

2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban

Tue Apr 23 2024

Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga wanita terbabit adalah kru daripada Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) iaitu Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna yang ketiga-tiganya merupakan penumpang di dalam helikopter malang tersebut.


BERITA PENUH DI SINI

PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM

Tue Apr 23 2024

Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sokongan dari aspek kebajikan itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.


BERITA PENUH DI SINI

Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal

Tue Apr 23 2024

Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadualkan bermula Jumaat ini dibatalkan, susulan nahas helikopter mengorbankan 10 kru di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.


BERITA PENUH DI SINI

Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil

Tue Apr 23 2024

Fokus siasatan nahas helikopter TLDM di Lumut

Tue Apr 23 2024

Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang

Tue Apr 23 2024

Jenazah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.

Menurut adik ipar yang mahu dikenali sebagai Lina, 40, pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan sedang menunggu maklumat lanjut daripada ibu dan ayah mentua yang berada di Lumut.


BERITA PENUH DI SINI

'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah

Tue Apr 23 2024

"Adik saya ada minta nak makan nasi dengan telur goreng dan ikan masin... arwah kata dia takut tak dan (sempat) makan dah lepas ni."

Kakak sulung daripada empat beradik, Noryani Tamadun, 50, berkata dia tidak menyangka adik bongsunya Pegawai Waran II, Muhammad Faisol, 36, akan pergi selamanya selepas terlibat dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi tadi.


BERITA PENUH DI SINI

Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia

Tue Apr 23 2024

Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.

Berikut kronologi insiden helikopter terhempas sejak 2015:


BERITA PENUH DI SINI

Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan

Tue Apr 23 2024

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Tue Apr 23 2024

Kenyataan akhbar Tentera Laut Diraja Malaysia

Tue Apr 23 2024

View this post on Instagram

A post shared by MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@mkn_rasmi)

'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak

Tue Apr 23 2024

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan rasa sedih atas insiden dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.

Menerusi hantaran di Facebook, Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.


BERITA PENUH DI SINI

Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat

Tue Apr 23 2024

Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara

Tue Apr 23 2024

Semua mayat mangsa telah dikeluarkan - Polis

Tue Apr 23 2024

Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di balapan Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.


BERITA PENUH DI SINI

[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan

Tue Apr 23 2024

Hari yang amat menyedihkan buat kita semua - Saarani

Tue Apr 23 2024

Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden

Tue Apr 23 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan pengamal media dan orang ramai agar tidak menyebarkan video membabitkan insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak pagi ini.

Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.


BERITA PENUH DI SINI

'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled

Tue Apr 23 2024

Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.


BERITA PENUH DI SINI

Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut

Tue Apr 23 2024

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi

Tue Apr 23 2024

Sultan Selangor zahir dukacita

Tue Apr 23 2024

Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati

Tue Apr 23 2024

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.

Baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM menyifatkan insiden berkenaan sebagai menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan ulang tahun ke-90 TLDM.

BERITA PENUH DI SINI

Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled

Tue Apr 23 2024

Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, beliau memberitahu, pihaknya tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.


BERITA PENUH DI SINI

[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan

Tue Apr 23 2024

Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci

Tue Apr 23 2024

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.

“Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.


BERITA PENUH DI SINI

CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat

Tue Apr 23 2024

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.

Menurut CAAM, pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.

BERITA PENUH DI SINI

Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah

Tue Apr 23 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertembung pagi tadi sebagai tragedi yang menyayat hati serta meruntun jiwa.

Kata Perdana Menteri, tragedi berkenaan juga memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.

BERITA PENUH DI SINI

ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Tue Apr 23 2024

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman memberitahu, lembaga tersebut dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan secara terperinci berhubung insiden itu.


BERITA PENUH DI SINI

10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut

Tue Apr 23 2024

Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

#nahas helikopter Lumut#10 maut#Tentera Laut Diraja Malaysia#TLDM
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.