XISHUANGBANNA: China masih melaksanakan prosedur yang ketat untuk individu dari Asia Tenggara yang ingin memasuki tanah besar dengan menggunakan perkhidmatan kereta api.
Delegasi media Asia Tenggara baru-baru ini mengambil bahagian dalam "Kembara Kereta Api China-Laos", atas jemputan Kerajaan Wilayah Yunnan untuk melawat Kunming, Pu'er dan Xishuangbanna dan perlu melalui prosedur imigresen dan kastam di stesen transit di Mohan yang terletak di sempadan China-Laos.
Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penamatan darurat kesihatan global COVID-19, prosedur imigresen bagi individu yang memasuki China melalui laluan darat dari Asia Tenggara masih agak ketat sama seperti prosedur di lapangan terbang.
Timbalan Ketua Stesen Mohan, Wang Junfeng, berkata walaupun pandemik itu terkawal, berikutan risiko penyakit lain seperti demam denggi masih berleluasa di Asia Tenggara, justeru langkah ketat perlu diambil.
Beliau yang baru-baru ini menjadi hos kepada wakil media dari Malaysia, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Myanmar turut memberikan gambaran keseluruhan situasi pengangkutan penumpang antarabangsa di Stesen Mohan dan prosedur pelepasan kastam.
Warga asing yang memasuki China, sama ada melalui darat, laut atau udara dikehendaki melengkapkan pengisytiharan kesihatan kastam menggunakan aplikasi mudah alih.
Bagaimanapun, bagi individu yang memasuki China melalui laluan darat yang tidak mempunyai akses rangkaian mudah alih atau telefon bimbit diwajibkan untuk membuat pengisytiharan melalui mesin pintar "Intelligent Health Self-declaration Machine of Kunming Customs" di Stesen Mohan.
Wang Junfeng berkata pengisytiharan kali pertama menggunakan mesin itu hanya mengambil masa dua hingga tiga minit, manakala pengisytiharan selanjutnya boleh dilakukan dalam masa 10 saat sahaja.
Stesen ini mempunyai empat laluan keluar dan 12 laluan masuk, dengan kadar pelepasan paling pantas iaitu purata tiga orang seminit untuk setiap laluan.
Sebagai tambahan kepada prosedur pelepasan kuarantin standard, Stesen Mohan dilengkapi dengan pintu masuk pengesanan sinaran untuk memastikan individu yang masuk tidak membawa bahan radioaktif yang berlebihan.
Individu yang menjalani rawatan kanser dikehendaki mengisytiharkan keadaan mereka.
Stesen Kereta Api Mohan terletak di Daerah Mengla, Wilayah Autonomi Xishuangbanna Dai, Wilayah Yunnan. Ia menghubungkan dengan Pelabuhan Moding di Laos dan berfungsi sebagai pelabuhan darat peringkat kebangsaan yang penting untuk menghubungkan China dengan Asia Tenggara.
Sejak Kereta Api China-Laos melancarkan perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadannya secara rasmi pada 13 April, Stesen Mohan telah menerima lebih 25,000 pelancong perniagaan atau rekreasi dari kira-kira 39 negara dan wilayah, termasuk China. Pelawat asing menyumbang 33 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Wang berkata daripada jumlah itu, seramai 11,000 memulakan perjalanan mereka dari China, manakala 14,000 lagi datang dari negara lain, terutamanya Laos atau Thailand, membentuk kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan warga asing yang memasuki China.
Terdapat hanya satu kereta api yang beroperasi setiap hari antara Stesen Mohan dan Kunming. Kereta api berlepas dari kedua-dua stesen pada pukul 8.08 pagi dan tiba pada 12.27 tengah hari, dengan jumlah masa perjalanan selama empat jam dan 19 minit, termasuk berhenti di Xishuangbanna, Pu'er dan Kunming South.
Individu yang menyeberang dari Laos ke stesen transit di Mohan dan memasuki China mencecah sehingga 210 orang setiap hari, kebanyakannya warga China, manakala bilangan individu yang keluar ke Laos adalah sekitar 180 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Sebagai tambahan kepada prosedur pelepasan kuarantin standard, Stesen Mohan dilengkapi dengan pintu masuk pengesanan sinaran untuk memastikan individu yang masuk tidak membawa bahan radioaktif yang berlebihan. - Bernama
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Korea Utara alami korban besar – AS
Tentera Korea Utara dilaporkan mengalami korban besar di medan perang Rusia-Ukraine.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Iran tarik balik larangan ke atas WhatsApp & Google Play
Iran kurangkan sekatan internet dengan menarik balik larangan WhatsApp dan Google Play. Langkah ini mencetuskan perbincangan tentang penapisan dan akses media sosial global.
Presiden Jerman bubarkan Parlimen untuk pilihan raya
Steinmeier arahkan pilihan raya awal susulan kejatuhan gabungan kerajaan Scholz. Tinjauan menunjukkan parti Scholz ketinggalan di belakang blok konservatif pembangkang.
Israel serbu hospital Gaza, pesakit dan kakitangan dipindah
Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, dan memaksa pemindahan ratusan pesakit dan orang awam, menyebabkan sebahagian kawasan hospital terbakar, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
China lancar kapal amfibia generasi baharu
Kapal baharu yang dibangunkan secara mandiri itu dilancarkan dalam satu majlis pelancaran dan penamaan, diberikan nombor lambung 51.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China serah dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada Gaza
China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.
Top Glove sedia tangani lonjakan pesanan di AS susulan tarif import sarung tangan China
Ia susulan tindakan negara Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas import sarung tangan getah China pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.