OSAKA: Kerajaan akan memperkasakan program "Satu Kampung Satu Produk" dengan penghasilan lebih banyak bahan termasuk ramuan dalam pengeluaran produk halal bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di peringkat global.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di peringkat kampung perlu mengambil kesempatan itu dengan meneroka lebih banyak peluang pasaran di luar negara termasuk Jepun.
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata pengeluaran bahan ramuan termasuk untuk produk halal di bawah program berkenaan akan diintegrasikan.
"(Program Satu Kampung Satu Produk) sudah ada tetapi saya mencadangkan agar diintegrasikan kerana satu kampung sahaja tidak mencukupi (keluarkan sesuatu produk atau bahan ramuan), mungkin dicampurkan 50 hingga 100 kampung untuk mengeluarkan produk yang sama.
Tidak semestinya produk akhir tetapi ramuan juga telah memudahkan sebenarnya kerana permintaan banyak dan kita harus mengambil peluang ini. Bukan sahaja serai umpamanya, permintaan daun durian belanda juga tinggi untuk herba di sini serta pasaran Eropah dan Amerika Syarikat," katanya
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas menyaksikan majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Halal Development Corporation Berhad (HDC) dengan dua entiti di Jepun dalam sektor halal.
Ahmad Zahid turut mengetuai delegasi Malaysia bertemu dengan pemain industri halal terkemuka Jepun dalam Sesi Meja Bulat: "Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti".
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata penghasilan bahan atau ramuan yang berstruktur dan diintegrasikan adalah bagi memastikan pengeluaran produk halal di pasaran sentiasa konsisten, sekali gus memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Setakat ini, terdapat kira-kira 15,000 kampung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Saya akan menggunakan peluang ini untuk meminta pegawai-pegawai saya dan pegawai daripada jabatan dan agensi lain untuk menggalakkan orang kampung bagi pengeluaran produk ramuan untuk diintegrasikan dan dipasarkan ke luar negara," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan ke Sanda Shokuniku Kosha Co. Ltd untuk melihat operasi pusat penyembelihan Jepun dalam pengeluaran dan pembekalan daging lembu halal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Ahmad Zahid berkata PMKS di peringkat kampung perlu mengambil kesempatan itu dengan meneroka lebih banyak peluang pasaran di luar negara termasuk Jepun. - Gambar Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bekalan lembu untuk Aidiladha di Johor cukup - Exco
Setakat ini tiada laporan mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga jualan daging lembu diterima.

KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di wilayah itu hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan tersebut ia akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus m

Program Satu Kampung Satu Produk diperkasa penuhi permintaan produk halal - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memperkasakan program "Satu Kampung Satu Produk" dengan penghasilan lebih banyak bahan termasuk ramuan dalam pengeluaran produk halal.

Daging, tulang lembu dari Australia dirampas
Maqis Selangor merampas daging dan tulang lembu sejuk beku di kargo KLIA, Sepang kerana mengemukakan sijil halal mengelirukan.

JPV pantau kemasukan daging dari Brazil susulan penyakit lembu gila
Media antarabangsa pada Sabtu lepas melaporkan Thailand, Iran dan Jordan telah menggantung sementara import daging lembu dari Brazil.

Taktik campur daging lembu, kerbau dan babi dikesan
Dua taktik utama yang dikesan Maqis ialah menerusi pengikraran palsu dan menyembunyikan daging di sebalik produk yang diluluskan oleh agensi itu.

MAQIS Selangor tahan daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai hampir RM300,000
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai RM296,998.91 di Pelabuhan Klang Barat, dekat sin

Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Serantau Muslim terharu dapat jamu penduduk Arakan juadah 'paling mahal'
Pengalaman selama seminggu di kawasan tersebut begitu menyentuh hati apabila penduduk yang dijamu dengan masakan daging lembu itu menganggap ia juadah paling mahal pernah dinikmati mereka.

Daging gelembung putih dijangkiti kuman?
TERSEBAR di media sosial gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih dan dikatakan telah dijangkiti kuman tuberculosis bovis.