KUALA LUMPUR: Kenaikan harga makanan ternakan yang terdiri daripada soya dan jagung yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil dikesan menjadi antara punca kenaikan harga ayam.
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.
“Susulan beberapa kes kenaikan harga ayam yang dikesan baru-baru ini, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Catut 8.0 (Ayam) yang bermula 15 April lalu.
“Sehingga 16 April lalu, sejumlah 24 notis telah dikeluarkan kepada pemborong, 16 notis kepada penternak yang disyaki mencatut.
“KPDNHEP menerima 15 aduan berkaitan harga ayam, daging (satu) ikan (15) dan sayur (dua) di seluruh negara sejak puasa bermula,” kata Alexander dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: KPDNHEP keluarkan notis susulan kenaikan harga ayam
Katanya, KPDNHEP sentiasa memandang serius terhadap isu kenaikan harga barangan yang boleh memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, dakwaan paparan harga ikan, ayam dan daging lembu yang dikatakan tinggi di aplikasi PriceCatcher kurang tepat serta tidak menggambarkan situasi sebenar.
Menurut beliau, paparan yang tular itu hanya membabitkan harga ikan kembung, ayam dan daging dan tidak menunjukkan harga di semua tempat.
Jelasnya, paparan yang tular itu juga membabitkan harga tiga barang itu di premis-premis sekitar di daerah “up-market” Bukit Bintang sahaja.
“Semakan mendapati terdapat premis lain di kawasan berdekatan yang menjual tiga barangan berkenaan pada harga lebih murah.
“Paparan harga aplikasi PriceCatcher disusun mengikut premis dan lokasi serta harga dari terendah kepada tertinggi dan ia bertujuan memudahkan pengguna membandingkan harga ditawarkan semua premis berdekatan dengan lokasi pengguna.
“Oleh itu, ia adalah kurang tepat membuat rumusan harga hanya berdasarkan satu premis tertentu sahaja kerana dalam dunia yang penuh dengan pilihan, aplikasi PriceCatcher memberikan pilihan kepada pengguna memilih dan seterusnya menjadi pengguna yang bijak,” jelasnya.
Isabelle Leong
Sun Apr 18 2021
Susulan beberapa kes kenaikan harga ayam yang dikesan baru-baru ini, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Catut 8.0 (Ayam) yang bermula 15 April lalu. - Gambar KPDNHEP
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai
Kenaikan dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu.
Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.