ALOR SETAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram.
Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
"Harga ayam tentu sekali (naik dan) jika diapungkan (ia akan) lebih tinggi daripada RM8.90, ia akan ditentukan oleh pasaran bermula daripada 1 Julai ini.
“Yang pasti (harga) akan lebih tinggi daripada RM8.90, sama ada (berharga) RM10, RM11 ataupun lebih RM11, ia akan ditentukan dengan harga pasaran.
“Tentu sekali kerajaan memantau agar tidak ada elemen (mengambil lebihan untung) yang akan diambil oleh mana-mana (pihak)," tegas Ronald.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang ayam milik Bismi Empire Sdn Bhd (BISMI) di Simpang Empat di sini, pada Selasa.
Ronald, dalam masa sama, memberi jaminan kerajaan akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus kepada kumpulan berkenaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
"Kerajaan tidak akan biarkan rakyat untuk membeli harga yang lebih tinggi, sebab itu subsidi untuk (masa) akan datang ini akan dialihkan kepada kumpulan B40 (seperti) , yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dua minggu lalu.
"Kementerian Kewangan dalam proses untuk menentukan jumlah subsidi yang akan dibagi kepada B40 dan bila diadakan (itu) akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan tetapi saya yakin (ia) akan disalurkan bantuan ini sebelum 1 Julai akan datang," kata beliau.
Dalam perkembangan sama, Ronald memaklumkan, pihak industri penternakan ayam kini dalam usaha mengembalikan semula kapasiti pengeluaran pada tahap maksimum iaitu sekitar 1.8 juta sehingga 2 juta ekor sehari agar tidak lagi berlaku krisis atau masalah kekurangan bekalan ayam seperti yang berlaku sebelum ini.
Tambahnya, pemerhatian lanjut juga sedang dilakukan terhadap bekalan ayam di seluruh negara dalam masa dua hingga tiga minggu lagi sebelum kerajaan mengkaji semula larangan mengeksport ayam ke luar negara.
Abd Hadi Che Awang
Tue Jun 21 2022

Datuk Seri Ronald Kiandee memberi jaminan kerajaan akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus kepada kumpulan berkenaan. - Gambar Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai
Kenaikan dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu.

Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.