SEBAGAI tanda penghormatan kepada aktor popular Leonardo DiCaprio yang telah berjasa menyelamatkan hutan hujan daripada pembalakan, para saintis Taman Botanik Diraja, Kew telah menamakan sejenis pokok dengan nama pelakon itu.

Pokok yang diberi nama rasmi Uvariopsis Dicaprio itu hanya membesar di hutan Cameroon yang terkenal dengan pelbagai hasil bumi.

"Kami rasa beliau sangat berperanan dalam membantu menghentikan pembalakan di Hutan Ebo," jelas Dr Martin Cheek yang berkhidmat di Kew.

Pokok Dicaprio adalah sejenis tumbuhan yang baharu ditemui dan baharu dinamakan oleh saintis pada tahun 2022.

Pokoknya kecil dan mempunyai bunga kuning yang berkilat tumbuh dari dahan-dahan berbentuk belalai.

Ia hanya didapati di satu kawasan kecil di hutan tersebut dan sangat membahayakan.

Kew adalah satu perbadanan yang mempertahankan alam sekitar daripada kehilangan biodiversiti.



* Artikel asal disiarkan di Gempak.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!