SEJENIS kumbang yang ditemui di Malaysia telah dinamakan bersempena nama pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Dinamakan "Grouvellinus leonardodicaprioi", kumbang itu adalah antara tiga spesies baharu yang ditemui oleh sekumpulan saintis di kawasan air terjun di Maliau Basin, Sabah.
Ia ditemui dalam ekspedisi yang dijalankan oleh Taxon Expeditions, yang berpangkalan di Belanda, dalam ekspedisi ke kawasan terpencil untuk mereka yang berminat dengan alam semula jadi dan sains.
Ekspedisi itu juga membantu mereka membuat penemuan saintifik, menurut keterangan di laman web Taxon.
Penemuan itu diumumkan dalam jurnal umum, ZooKeys.
Nama DiCaprio diambil kerana aktor itu aktif melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar, malah turut menubuhkan Yayasan Leonardo DiCaprio yang cukup giat menjalankan aktiviti pemuliharaan biodiversiti.
DiCaprio bagaimanapun bukan selebriti pertama diberi penghormatan seumpamanya. Kate Winslet, Donald Trump, Arnold Schwarzenegger antara yang pernah dijadikan inspirasi untuk menamakan serangga spesies baharu.
Agensi
Thu May 03 2018

Nama DiCaprio diambil kerana keaktifannya melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar. - ZooKeys

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Spesies kumbang baharu ditemui di Sabah, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio
Nama Dicaprio diambil kerana keaktifannya melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar.