BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengumumkan beliau telah menyertai Parti Ruam Thai Sang Chart (Parti Bangsa Thai Bersatu) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan sebelum Mei tahun depan.
Meskipun had penggal lapan tahun sebagai perdana menteri akan berakhir pada 2025, Prayuth sudah memperlihatkan hasratnya untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya sebelum ini mempertimbangkan untuk menyertai parti Ruam Thai Sang Chart buat seketika...Kini, saya telah memutuskan untuk menyertai parti itu.
"Parti itu akan mencalonkan saya untuk menjadi calon tunggal perdana menteri pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita di luar Rumah Kerajaan di Bangkok hari ini.
Prayuth yang mula memegang tampuk kuasa sebagai ketua tentera dalam rampasan kuasa 2014 berkata beliau memutuskan untuk menyertai pilihan raya kerana beberapa projek yang diterajui pentadbirannya masih belum selesai.
"Saya ingin meneruskan dan menyelesaikan projek-projek itu," kata beliau.
Prayuth berkata beliau telah pun memaklumkan kepada ketua parti Palang Pracharath (PPRP) Prawit Wongsuwan mengenai keputusannya itu.
"Tiada konflik antara kami... Hubungan kami kekal erat," kata beliau.
Terdahulu, PPRP mengumumkan Prawit akan menjadi calon parti itu pada pilihan raya akan datang.
Andai Prayuth menang dan dipilih sekali lagi sebagai perdana menteri, tempoh perkhidmatan beliau akan dihadkan kepada dua tahun sahaja.
Pada September, Mahkamah Perlembagaan memutuskan Prayuth layak untuk kekal memegang jawatan sehingga 2025.
Parti Ruam Thai Sang Chart telah ditubuhkan pada Mac diketuai bekas Menteri Kehakiman Pirapan Salirathavibhaga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
![PM Thailand sertai parti baharu untuk bertanding pilihan raya akan datang PM Thailand sertai parti baharu untuk bertanding pilihan raya akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661517535_TBPRAYUTHCHAN.jpg)
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengumumkan beliau telah menyertai Parti Ruam Thai Sang Chart (Parti Bangsa Thai Bersatu) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan sebelum Mei tahun depan. - Gambar fail/AP
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![PM Thailand Paetongtarn sokong Kepengerusian ASEAN Malaysia, seru hubungan serantau lebih erat PM Thailand Paetongtarn sokong Kepengerusian ASEAN Malaysia, seru hubungan serantau lebih erat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734324756_PaetongtarnShinawa.jpg)
PM Thailand Paetongtarn sokong Kepengerusian ASEAN Malaysia, seru hubungan serantau lebih erat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra menyokong sepenuhnya Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025, dengan memuji tema "Keterangkuman dan Kemampanan" yang disifatkannya sebagai tepat pad
![PM Thai Paetongtarn janji ubah Phuket jadi hab pelancongan mewah global PM Thai Paetongtarn janji ubah Phuket jadi hab pelancongan mewah global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723973740_PaetongtarnShinawat.jpg)
PM Thai Paetongtarn janji ubah Phuket jadi hab pelancongan mewah global
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah menyatakan visinya untuk mengubah Phuket menjadi destinasi pelancongan premium yang mampu menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.
![PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728287018_TBPaetongtarn.jpg)
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.
![PM Thailand Paetongtarn berlepas pulang PM Thailand Paetongtarn berlepas pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734339928_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
PM Thailand Paetongtarn berlepas pulang
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
![PM Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Thailand PM Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734334811_TBANWARTHAI.jpg)
PM Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Thailand
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan rakan sejawatannya dari Thailand Paetongtarn Shinawatra.
![Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734261142_PaetongtarnShinawat.jpg)
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734238706_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728287018_TBPaetongtarn.jpg)
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.
![PM Thailand Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck PM Thailand Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/81506522641_YingluckShinawatra.jpg)
PM Thailand Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, Yingluck Shinawatra.
![PM Thailand Paetongtarn arahkan penghantaran bantuan banjir PM Thailand Paetongtarn arahkan penghantaran bantuan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723964924_TBTHAIPM.jpg)
PM Thailand Paetongtarn arahkan penghantaran bantuan banjir
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengarahkan penghantaran bantuan kepada penduduk di wilayah utara yang terjejas akibat banjir.