Paetongtarn menulis di platform media sosial X bahawa persahabatan Thailand dengan China adalah berdasarkan "saling percaya dan menghormati, visi bersama ke arah kemakmuran dan kemajuan, serta hubungan kekeluargaan antara rakyat kedua-dua negara".
Perdana menteri menambah bahawa beliau komited untuk mengukuhkan lagi perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif antara Thailand dan China, dan berharap dapat meraikan bersama ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 2025.
Paetongtarn, 38, pemimpin Parti Pheu Thai, dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Thailand pada 16 Ogos selepas memenangi undian parlimen. Beliau menerima pelantikan rasmi Raja Thailand Maha Vajiralongkorn menjadi perdana menteri wanita kedua dan pemimpin termuda dalam sejarah negara.
-- BERNAMA